Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Portal data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) membantu pembuat dasar, penyelidik, pemain industri serta masyarakat membuat keputusan lebih responsif terhadap perubahan semasa.
Transcript
00:00Portal Geohub yang dibangunkan Jabatan Perangkaan Malaysia DOSEM berperanan menghimpunkan statistik rasmi negara dalam satu platform pemetaan digital yang interaktif dan bersepadu.
00:12Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Muhammad Uzzin Mahidin berkata, inisiatif ini merupakan langkah pendigitalisasian perkhidmatan kerajaan. Ia sekaligus menyokong perancangan pembangunan di setiap peringkat di seluruh negara menerusi akses data berasaskan lokasi khusus.
00:31DOSEM merupakan pengeluar utama statistik rasmi negara kita yang bertanggungjawab untuk mempastikan kesinambungan pengeluaran dan penyebaran statistik,
00:44mengetuai dan menyelaras aktiviti sistem statistik negara, memastikan kualiti dan kecekapan proses pengeluaran dan penyebaran statistik,
00:53membina dan mengekalkan jalinan kerjasama dengan pengguna, mempastikan kepercayaan pengguna, responden dan pembekal data dalam kerangka sistem statistik negara,
01:05mengambil bahagian dalam aktiviti di pingkat antarabangsa dan mempunyai peruntukan undang-undang bagi melaksanakan fusi dan tanggungjawab yang ditetapkan.
01:14Melalui DOSEM Geohub, pengguna dapat meneroka lebih 60 lapisan data, indikator dan pemboleh ubah.
01:22Ia memaparkan maklumat populasi, jantina, kumpulan umur, ekonomi serta unjuran penduduk di setiap peringkat membabitkan daerah, negeri dan seluruh negara,
01:32antara ciri menarik termasuk akses kepada peta interaktif, aplikasi web, story map serta papan pemuka yang menampilkan maklumat semasa Malaysia.
01:40Ia sekaligus membantu pembuat dasar, penelidik, pemain industri serta masyarakat umum membuat keputusan yang lebih responsif terhadap perubahan semasa.
01:50DOSEM Geohub adalah fasa transformasi baru daripada data kepada pemetaan spesial dan daripada pemetaan kepada keputusan berasaskan bukti.
01:59Usaha ini membabitkan satu pelaburan jaga panjang ke arah negara yang lebih berpengetahuan dan berdaya saing.
02:05Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended