Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) remaja lelaki yang dihanyutkan arus ketika cuba mengambil bola di dalam longkang di Taman Prima Saujana, Kajang, yang memasuki hari ketiga diperluaskan sehingga 10 kilometer.
Transcript
00:00Operasi mencari dan menyelamat SAR, remaja lelaki yang dihanyutkan arus ketika cuba mengambil bola dalam longkang di Taman Prima Saujana yang masuk hari ketiga diperluas sehingga 10km, membabitkan dua zon pencarian.
00:16Ketua Polis Daerah Kajang, Assistant Commissioner Nazron Abdul Yusof berkata, operasi SAR hari ini bermula pada jam 9.30 pagi tadi untuk mencari seorang lagi mangsa, remaja lelaki berusia 14 tahun yang belum ditemui.
00:31Menurutnya, operasi dibahagikan kepada dua zon pencarian dengan jarak lebih kurang 10km bermula dari lokasi kejadian seterusnya ke jalan Mendailing menuju jalan Reko.
00:41Manakala kekuatan agensi yang digunakan lebih kurang 65 pegawai daripada Polis, Bomber dan Angkatan Pertahanan Awam APM dan dibantu dua anjing pengesan K9, Bomber dan APM.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended