Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Seorang wanita warga emas cacat penglihatan yang ditemui tinggal bersama mayat anak perempuannya selama beberapa hari akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan.
Transcript
00:00Seorang wanita warga emas cacat penglihatan yang ditemui tinggal bersama mayan anak perempuannya selama beberapa hari akan ditempatkan di rumah Seri Kenangan.
00:11Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Syukri berkata,
00:16wanita berusia 69 tahun itu juga akan menjalani pemeriksaan fizikal dan mental bagi mengetahui tahap kesihatannya.
00:24Katanya, tindakan telah diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM dan ditempatkan di rumah Seri Kenangan dan wanita itu kini keseorangan selepas kematian anak yang menjaganya.
00:35Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita warga emas cacat penglihatan terpaksa merangkak sejauh kira-kira 150 meter untuk mendapatkan bantuan selepas beberapa hari tinggal bersama mayan anak perempuannya
00:50di sebuah pondok di Jalan Kampung Teluk Sabang, Kota Samarahan.
00:55Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Supertenden Demeteris Lautin dilaporkan berkata,
01:02warga emas berkenaan menyedari anaknya yang berusia 48 tahun telah meninggal dunia pada 30 November selepas mengadu sakit dada dan sesak nafas.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended