Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Syamsul Haris Shamsudi kini disiasat sebagai membunuh.
Transcript
00:00Jabatan Peguam Negara mengarahkan kes kematian pelatih pasukan latihan pegawai simpanan palapis Universiti Teknologi Malaysia UTM Skudai Syamsuddin diklasifikasikan sebagai membunuh.
00:13AGC dalam satu kenyataan memberitahu keputusan itu diambil selepas polis membentangkan hasil laporan siasatan kematian Allahyarham dalam satu taklimat pada selasa.
00:22Sementara itu, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato' M. Kumar berkata susulan arahan itu polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanon Keseksaan.
00:32Justru kata beliau, polis akan meneruskan siasatan untuk mengenalpasti individu yang terlibat atas kematian Allahyarham sebelum kertas siasatan dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara.
00:43Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang polis melengkapkan siasatan dan menghormati prinsip keadilan.
00:50Syamsul Haris, 22 tahun, meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi 28 Julai lalu selepas menjalani latihan di pusat latihan tempoh tentera darat Pulada di Ulu Tiram sebelum dikemuminkan keesokannya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rincing, Ulus Menyeh, Selangor.
01:05Kematian Syamsul Haris pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut atau ASDR.
01:10Pada 19 Ogos lalu, ibu Allahyarham Umu Haiman B. Daulat Gun mengemukakan permohonan menggali semula kubur anaknya bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan.
01:20Bedah siasat kedua ke atas Syamsul Haris dilakukan akhir Ogos lalu selepas mahkamah membenarkan permohonan keluarga untuk menggali semula jenazah.
01:28Susulan keputusan itu, unit siasatan jenayah terkelas USJT Bukit Aman mengambil alih sepenuhnya siasatan.
01:33Pada minggu lalu, peguam keluarga mangsa mendedahkan bedah siasat kedua terhadap jasad Al-Riyaham mendapati punca kematian disebabkan kecerahan pada leher.
01:42Menurutnya terdapat beberapa kecerahan lain seperti melecet yang turut ditemukan pada jasad Al-Riyaham dalam proses bedah siasat pada 13 Ogos lalu.
01:49Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended