Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Statistik Bumiputera 2025 oleh DOSM menunjukkan kadar pengangguran Bumiputera turun kepada 3.4 peratus pada 2024, diikuti peningkatan tenaga buruh kepada 9.9 juta, dengan penyertaan wanita turut meningkat mencerminkan perkembangan positif komuniti dalam pasaran pekerjaan negara.
Transcript
00:00Kadar pengangguran dalam kalangan Bumi Putera terus menurun kepada 3.4% pada 2024 menurut laporan terkini Statistik Bumi Putera 2025.
00:10Menerusi satu kenyataan, Jabatan Perangkaan Malaysia dosa menjelaskan tenaga buruh Bumi Putera meningkat kepada 9.9 juta orang
00:18dengan peningkatan penyertaan wanita menandakan peningkatan peluang dan pembangunan ekonomi yang lebih seimbang.
00:25Laporan dosa yang membentangkan pelbagai data dari 2016 hingga 2025 mendedahkan 57.1% pekerja Bumi Putera mempunyai pendidikan menengah atau setaraf
00:38manakala 37.1% mempunyai kelayakan pendidikan tinggi.
00:43Kadar penyertaan tenaga buruh KPTB merekodkan 67.4% dengan KPTB lelaki kekal tinggi kepada 80.8%
00:52manakala KPTB wanita meningkat kepada 53.8% mencerminkan penyertaan aktif dalam pelbagai sektor ekonomi negara.
01:02Dalam pada itu, Ketua Perangkauan Malaysia Datuk Seri Dr. Muhammad Uzi Mahidin memaklumkan
01:06populasi Bumi Putera pada 2025 meningkat kepada 21.8 juta orang atau 63.6% daripada populasi Malaysia
01:14dengan nisbah 102 lelaki bagi setiap 100 wanita.
01:19Pada 2024, Bumi Putera mencatat 304,700 kelahiran hidup manakala kadar kesuburan menurun kepada 1.6 anak bagi setiap wanita.
01:27Dalam kategori siswazah, bilangan siswazah Bumi Putera mencapai 3.7 juta orang pada 2024
01:33dengan KPTB siswazah mencecah 86% dan kadar pengangguran siswazah menurun kepada 3.4%.
01:41Dalam profesional berdaftar hingga 2025, terdapat 12,794 akaunten, 9,480 peguam, 9,538 ahli farmasi,
01:523,392 juru ukur bahan, 1,089 jurutera, 1,030 arkitek dan 365 juru ukur tanah Bumi Putera.
02:02Bilangan jurutera Bumi Putera menunjukkan pertumbuhan dua angka meningkat sebanyak 13.9%.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended