- 7 hours ago
AWANI Borneo 2 Disember 2025 bersama Farhan Hakimi.
- 17 ADUN Sabah angkat sumpah Pembantu Menteri, 6 ADUN Dilantik
- Inkues Zara : 9 Warden ditamatkan, mungkin ada kaitan dengan kes
- AirBorneo mula operasi januari, luaskan destinasi 2026
- 17 ADUN Sabah angkat sumpah Pembantu Menteri, 6 ADUN Dilantik
- Inkues Zara : 9 Warden ditamatkan, mungkin ada kaitan dengan kes
- AirBorneo mula operasi januari, luaskan destinasi 2026
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Intro
00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera Wani Borneo bersama saya Farhan Hakimi dan berikut adalah paparan utama
00:1317 adun angkat sumpah pembantu menteri, 6 adun dilantik
00:219 warden ditamatkan, mungkin ada kaitan dengan kes
00:30Air Borneo mula operasi Januari
00:35Perkhidmatan 9 warden di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama SMKA Tundatu Mustafa telah ditamatkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri
00:50Perkara itu dimaklumkan kepada Mahkamah Korona Kota Kinabalu dalam inkuest kematian Zara Khairina Mahathir pada Selasa
00:57Perkara itu diderahkan Guru Bahasa Inggeris Nur Asima Zaiton ketika memberi keterangan di hadapan Korona Amir Shah Amir Hassan
01:05Nur Asima yang juga antara warden yang ditamatkan perkhidmatan berkata beliau sudah lama berhasrat meletakkan jawatan sebelum insiden itu berlaku
01:17Namun Jabatan Pendidikan Negeri memaklumkan himat mereka tidak lagi diperlukan
01:21Saksi ke-55 itu berkata demikian semasa disoal Peguam Joanne Goh yang berwakili salah seorang daripada 5 kanak-kanak terlibat dalam kes buli terhadap Zara Khairina
01:32Mengulas mengenai penutupan enam telefon awam selama dua hari selepas kematian Zara Khairina
01:38Beliau menjelaskan ia atas arahan ketua warden Azhari Abdul Saggab bagi mengelakkan panik dalam kalangan ibu bapa
01:46Beliau menegaskan bahawa pelajar masih dibenarkan menghubungi ibu bapa mereka dalam keadaan perlu termasuk menggunakan telefon bimbit peribadinya
01:55Ditanya sama ada sekolah cuai dalam insiden kematian Zara Khairina, saksi itu memilih untuk tidak menjawab
02:02Zara Khairina 13 tahun meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran sekolah asrama
02:13Seramai 17 adun mengangkat sumpah sebagai pembantu menteri manakala enam lagi menerima watikah pelantikan sebagai adun
02:21dilantik dalam satu majlis istiadat di Istana Seri Kinabalu pada Selasa
02:25Majlis menyaksikan pelantikan pembantu-pembantu menteri baharu merangkumi wakil dari gabungan rakyat Sabah GRS
02:32Parti Solidariti Tanah Airku Star Sabah dan Adun Bebas
02:36Antara 17 yang mengangkat sumpah jawatan pembantu menteri termasuk Adun Kiyulu, Datuk Jonisten Bangkuai
02:45Adun Pitas, Datuk Seri Rudim Awah, Adun Klias, Datuk Istin Aliasni, Adun Pintasan, Datuk Fairu Serendan, Adun Kukusan, Datuk Rina Zainal
02:56Majlis turut menyaksikan pelantikan enam adun dilantik iaitu Datuk Muhammad Razali Muhammad Razi, Datuk Haji Abdul Qasim Razali, Datuk Chin Su Ying, Datuk Cesar Mandela Malakun, bekas Presiden Sabah Law Society SLS, Datuk Roger Chin dan Puan, Grace Lee Lee May
03:16Mereka mengangkat sumpah jawatan berlangsung di hadapan Yang Di-Pertua Negeri Tun Musa Aman
03:22Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Haji Jinur dan Jemaah Kabinet Negeri Sabah
03:28Parti Solidariti Tanah Airku Star menyatakan pendirian untuk tidak menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Haji Jinur
03:40Presidennya Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata pendirian parti itu tidak berubah
03:44Bahawa Sabah mesti ditadbir oleh parti-parti tempatan dan bukan oleh gabungan yang bergantung kepada pengaruh yang berpangkalan di Semenanjung
03:53Dalam satu kenyataan di Facebook, Jeffrey berkata, Star akan bertindak sebagai pembangkang yang bertanggungjawab dan akan menyokong dasar-dasar yang melindungi Sabah
04:04Dan kami akan menentang sebarang langkah yang menjejaskan Perjanjian Malaysia MA63 Perlembagaan atau Perjuangan Panjang untuk Sabah demi rakyat Sabah
04:14Ahli Dewan Undangan Negeri adun tamunan itu menambah pihaknya kekal konsisten untuk menyokong kerajaan negeri yang dibentuk sepenuhnya oleh parti-parti tempatan Sabah
04:25Sehubungan itu, Jeffrey berkata, Star akan meneruskan tugas dengan integriti, disiplin dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Sabah dan rakyatnya
04:35Sementara itu mengenai pelantikan Datuk Muhammad Isha Ayub sebagai pembantu menteri pula, Jeffrey menjelaskan ia adalah pelantikan terus oleh ketua menteri
04:44Katanya ia bukan jawatan yang dirundingkan oleh parti dan beliau adalah wakil rakyat yang dipilih untuk Dun Bingkor
04:52Justerus tak menghormati hak Muhammad Isha dalam menerima peranan tersebut
04:57DAP Sabah memutuskan untuk tindak mengambil sebarang jawatan dalam kerajaan Sabah termasuk sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri secara lantikan
05:07Setiusaha agung DAP Anthony Lok berkata keputusan itu dibentangkan DAP Sabah dalam mesyuarat tergempa jawatan kuasa tertinggi pusat CEC parti itu
05:16untuk membincangkan keputusan pilihan raya negeri PRN Sabah yang diadakan malam Isnin
05:21Beliau berkata walaupun tidak berada dalam struktur kerajaan negeri
05:27pemimpin DAP Sabah akan terus berkhidmat secara aktif kepada rakyat di negeri itu dan berusaha mengembalikan keyakinan rakyat
05:35Mengulas mengenai PRN Sabah, Lok berkata keputusan pilihan raya kali ini mencerminkan krisis keyakinan yang serius terhadap DAP dan Pakatan Harapan PH
05:44Jelasnya DAP menerima isyarat yang jelas dan tidak meragukan daripada pengundi dan pemimpin serta anggota terlibat dalam kempen juga peka
05:52bahawa terdapat ketidakpuasan hati yang meluas dalam kalangan rakyat sepanjang tempoh berkempen
05:57Sehubungan itu beliau berkata DAP akan mengumpul semua maklum balas yang diterima dan berusaha bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Sultan Ibrahim
06:04untuk mempercepatkan agenda reformasi dalam tempoh 6 bulan akan datang
06:08Pilihan raya negeri Sabah, PRN Sabah ke-17 yang berlangsung pada Sabtu lepas menyaksikan DAP Sabah gagal meraih sebarang kerusi daripada 8 kerusi yang ditandingi parti itu
06:188 kerusi yang ditandingi DAP Sabah termasuk 6 don yang disandang parti berkenaan iaitu Luyang, Kapayan, Likas, Tanjung Papat, Elopura dan Sri Tanjung
06:29manakala dua lagi ialah kerusi baru melibatkan Tanjung Aru dan Kemabong
06:33Parti warisan-warisan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa parti itu sedang berusaha membeli atau memujuk mana-mana ahli Dewan Undangan Negeri Adun
06:45Menurut Presidennya, Datuk Seri Muhammad Syafi'i Abdal, warisan kekal berpegang teguh kepada prinsip integriti dan kepimpinan seharusnya diperoleh melalui kepercayaan rakyat
06:55bukannya melalui kaedah yang menjejaskan maruah demokrasi
06:58Menurut Syafi'i dalam satu kenyataan, komitmen warisan berteraskan integriti dan kepimpinan mesti diperoleh melalui kepercayaan rakyat
07:09Muhammad Syafi'i yang juga Adun Senalang memberitahu bahawa warisan menghormati mandat rakyat serta proses demokrasi yang menjadi asas penting dalam pentadbiran negeri
07:20Tegas Syafi'i warisan akan terus melaksanakan peranan yang telah diamanahkan kepada kami dengan penuh maruah, konsisten dengan itilzam yang tidak berbelah bahagi untuk khidmat kepada Sabah
07:33Dalam masa sama, beliau turut merakamkan perhargaan kepada semua pengundi yang menyokong warisan pada pilihan raya negeri PRN Sabah ke-17 baru-baru ini
07:43Terdahulu beberapa media melaporkan 12 adun gabungan rakyat Sabah GRS dan bebas didakwa tidak berpuas hati terutamanya terhadap penyertaan barisan nasional BN dalam kerajaan negeri
07:56Dalam PRN Sabah ke-17 lalu, GRS berjaya memperoleh 29 kerusi DUN manakala warisan sebanyak 25 kerusi
08:04Haji Ji yang juga pengurusi GRS telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-17 pada awal pagi Ahad di hadapan yang dipertua negeri Tun Musa Aman
08:15Keputusan pilihan raya negeri PRN Sabah ke-17 Sabah lalu membawa mesej politik yang jelas bahawa pengundi wilayah itu mahu parti-parti tempatan
08:28menerajui pentadbiran negeri
08:30Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumi Putera Bersatu PBB, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berpendapat
08:37Keputusan itu sebagai sesuatu yang perlu ditafsir secara teliti oleh semua pihak khususnya parti-parti nasional
08:44Yang UMNO menang itu kemungkinan atas sebab personality
08:54So, there's a very good reflection and we hope that the national parties will see the signal sent from there
09:09Don't go against it, head on
09:12Rakyat Sabah minta hak-hak mereka dikembalikan
09:18Attend to that
09:20Tambahnya keputusan itu tidak bermaksud rakyat Sabah menolak parti semenanjung
09:25Namun mereka mahukan pentadbiran negeri dipimpin parti asal Sabah sendiri
09:29Sementara itu mengulas mengenai sama ada kedudukan parti tindakan demokratik DAP
09:34yang kehilangan semua kerusi di Sabah sebagai isyarat bakal mengalami nasib sama di Sarawak
09:38Ini jawab Abdul Karim
09:41Sentimen yang sangat berbeza di Sabah dan di Sarawak
09:48Mungkin komunitas Cina, kota urban di Sabah
09:52Mereka merasakan bahawa DAP tidak dapat menanggungkan
09:57Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan penggulungan dua portfolio kementeriannya di Dewan Undangan Sarawak pada Selasa
10:20Segala urusan pengundian, pengiraan, penjumlahan dan pengisytiharan keputusan pilihan raya negeri Sabah ke-17
10:30dilaksanakan dengan penuh integriti dan telus
10:33Setiusaha Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Dato' Kairul Syahril Idrus dalam kenyataan berkata
10:39proses berkenaan turut dipantau semua parti politik, kumpulan pemerhati dan individu yang mengambil bahagian dan dilantik dalam PRN itu
10:48Kenyataan itu dibuat susulan beberapa dakwaan tular menerusi media sosial
10:54yang menurut Kairul Syahril memberikan gambaran kurang tepat terhadap perjalanan PRN Sabah
10:59Kairul Syahril berkata sebarang pertikaian berkaitan proses atau keputusan pilihan raya
11:04perlu dikemukakan melalui petisyen pilihan raya dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan itu diwartakan kelak
11:11Beliau pada masa sama berkata SPR merakamkan penghargaan kepada seluruh pengundi di Sabah
11:17yang menunaikan tanggungjawab mereka pada 29 November lalu
11:21sehingga semua keputusan dapat diisytiharkan secara rasmi oleh pegawai pengurus pilihan raya
11:27Datuk Seri Alexander Nantalinggi merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri
11:41atas mandat menjalankan tugas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kuskop berkuatkuasa Selasa
11:47Beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata
11:50keutamaan kini adalah untuk membentuk kerjasama erat dengan semua agensi, rakan industri dan pemegang taruh
11:57Menerusi satu kenyataan pada Selasa
12:01beliau menekankan komitmen bagi memastikan kesenambungan operasi serta kelancaran fungsi Kuskop
12:07Dalam pada itu, beliau turut menghargai segala sumbangan bekas Menteri Kuskop, Datuk Iwan Benedik
12:14Tegasnya, dasar yang sedang dilaksanakan akan diteruskan demi manfaat usahawan, pulsaan kecil dan sederhana atau PKS, Koperasi serta rakyat secara keseluruhan
12:24Beliau kini memegang dua portfolio iaitu Menteri Kerja Raya dan menjalankan tugas serta fungsi Menteri Kuskop
12:34Penerbangan sulung Air Borneo akan dimulakan dengan perkhidmatan udara luar bandar RIS pada Januari depan
12:41Manakala penerbangan ke Kuala Lumpur serta destinasi antarbangsa dijangka menyusul menjelang hujung 2026
12:48Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin menegaskan
12:52Tumpuan utama ketika ini adalah memastikan Air Borneo mengambil alih mass wings secara lancar sebelum memperluas operasi ke tahap lebih besar
13:02Beliau menjelaskan jualan tiket Air Borneo akan dibuka dalam masa terdekat
13:07seiring proses pengambil alihan mass wings yang dijangka dimuktamadkan pada 31 Disember ini
13:14Buat masa ini katanya orang ramai masih perlu membeli tiket melalui mass wings
13:19dengan jaminan tiada sebarang gangguan perkhidmatan semasa fasa peralihan
13:23Pertanyaan, mereka sedang melakukan semua kerja terdekat untuk mengambil alih mass wings
13:32Pertanyaan, kita akan memulakan pembangunan dalam Januari
13:34tahun depan tahun depan
13:36Kita akan memulakan perlahan peluang, logo dan penyelapunan
13:41dan penyelapunan
13:42Jika kita hanya mempunyai penyelapunan kegiatan
13:44Kita hanya perlu melakukan semasa
13:49Jadi kita ada dua unit yang dianggap
13:52Satu ATR dan satu Twin Otter
13:55Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan pergulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Selasa.
14:10Kim Shin turut mengesahkan semua kaki tangan Mars Wings akan diserap ke Air Borneo kecuali mereka yang memilih untuk tidak meneruskan perkhidmatan bagi memastikan operasi tidak terjejas.
14:22Pada masa sama Air Borneo akan memberi keutamaan kepada anak Sarawak bagi peluang pekerjaan berpendapatan tinggi baharu termasuk juruterbang, jurutera, pesawat, kru kabin dan mekanik pesawat sekaligus menjadi pemangkin kepada pembentukan industri aeroangkasa Sarawak.
14:52Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment