Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyatakan pendirian untuk tidak menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Datuk Seri Hajiji Noor. Presidennya, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, pendirian parti itu tidak berubah, bahawa Sabah mesti ditadbir oleh parti-parti tempatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Parti Solidariti Tanah Air Kusta menyatakan penirian untuk tidak menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Haji Jinur.
00:09Presidennya Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata penirian parti itu tidak berubah bahawa Sabah mesti ditadbir oleh parti-parti tempatan dan bukan oleh gabungan yang bergantung kepada pengaruh yang berpangkalan di Semenanjung.
00:23Dalam satu kenyataan di Facebook, Jeffrey berkata, Star akan bertindak sebagai pembangkang yang bertanggungjawab dan akan menyokong dasar-dasar yang melindungi Sabah dan kami akan menentang sebarang langkah yang menjejaskan Perjanjian Malaysia MA63, Perlembagaan atau Perjuangan Panjang untuk Sabah demi rakyat Sabah.
00:43Ahli Dewan Undangan Negeri adun tamunan itu menambah pihaknya kekal konsisten untuk menyokong kerajaan negeri yang dibentuk sepenuhnya oleh parti-parti tempatan Sabah.
00:54Sehubungan itu, Jeffrey berkata Star akan meneruskan tugas dengan integriti, disiplin dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Sabah dan rakyatnya.
01:04Sementara itu mengenai pelantikan Datuk Muhammad Ishak Ayub sebagai pembantu menteri pula, Jeffrey menjelaskan ia adalah pelantikan terus oleh ketua menteri.
01:14Katanya ia bukan jawatan yang dirundingkan oleh parti dan beliau adalah wakil rakyat yang dipilih untuk Dun Bingkor.
01:22Justerus tak menghormati hak Muhammad Ishak dalam menerima peranan tersebut.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended