Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Di samping akses pasaran, BRICS membuka ruang untuk kerjasama industri khususnya dalam bidang tenaga, mineral kritikal, dan teknologi yang sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara.
Transcript
00:00Kerajaan melihat perlibatan Malaysia dalam BRICS adalah selari dengan usaha memacu ekonomi negara untuk berkembang dengan lebih pesat, stabil dan berdaya tahan.
00:09Kementerian Luar Negeri dalam jawapan bertulis kepada Parlimen berkata,
00:13BRICS menawarkan potensi besar untuk Malaysia mengekspor minyak sawit getah, elektrik dan elektronik dan perkhidmatan seperti pelancongan dan penjagaan kesihatan.
00:21Di samping akses pasaran, BRICS membuka ruang untuk kerjasama industri khususnya dalam bidang tenaga, mineral kritikal dan teknologi yang sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Pelan Hala 7 Peralihan Tenaga Negara.
00:35Kerjasama sebegini menyokong aspirasi Malaysia dalam pertumbuhan hijau, transformasi digital, tenaga boleh baharu dan pembangunan industri bernilai tinggi.
00:42Kementerian itu berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Lim Guan Eng, PH Bagang yang ingin tahu status permohonan Malaysia menyertai BRICS dan manfaat ekonomi dan keuangan dengan menyertai blok ekonomi itu.
00:54Kementerian Luar Negeri berkata, jumlah perdagangan Malaysia dengan negara anggota BRICS bagi tahun 2024 telah mencapai RM818 bilion iaitu 35.2% daripada jumlah perdagangan global Malaysia
01:06dengan nilai ekspor mencecah RM334.85 bilion iaitu 45% daripada jumlah ekspor global Malaysia.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended