Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Perdana Menteri Britain, Keir Starmer menegaskan China merupakan ancaman keselamatan negara namun tetap mempertahankan strategi kerajaan untuk memperkukuh hubungan ekonomi dengan Beijing. Dalam ucapan kepada pemimpin perniagaan di London, beliau menolak pendekatan “golden age” atau “ice age” dan menyatakan UK mampu berdagang sambil melindungi kepentingannya. Starmer turut memaklumkan sektor berisiko rendah seperti kewangan, kreatif, farmaseutikal dan barangan mewah memiliki peluang eksport besar, selain merancang lawatan rasmi ke China tahun depan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Britain, Keir Stammer, memberi amaran bahawa China merupakan ancaman keselamatan negara kepada United Kingdom, bagaimanapun beliau masih mempertahankan keputusan kerajaan untuk meningkatkan keterlibatan dengan Beijing demi kepentingan ekonomi negara.
00:16Kerajaan Parti Buruh Pimpinan Stammer menjadikan pemulihan hubungan dengan China sebagai salah satu keutamaan dasar luar, walaupun hubungan kedua-dua negara kebelakang ini tegang selepas dawaan pengitipan oleh Beijing.
00:28Berucap di hadapan komuniti perniagaan di Hub Kewangan Besejarah London, Stammer berkata hubungan Britain-Cina selama ini ada turun naik, dengan kedua-dua negara pernah melalui era Golden Age sebelum London kemudian menjadi antara pengkritik paling lantang terhadap Beijing.
00:42Kenyataan terbuka Stammer bahawa China merupakan ancaman keselamatan, menyusul beberapa bulan selepas prosedur kes dua lelaki yang dituduh mengintip untuk Beijing digugurkan, berikutan kerajaan ketika itu enggan melabel China sebagai ancaman.
00:55Menurut Sumber, Stammer dijangka melawat China tahun depan selepas sekurang-kurangnya empat menteri kabinet telah mengunjungi negara itu sejak burung memenangi pilihan raya lalu.
01:05Lawatan terakhir oleh pemimpin UK ke China adalah oleh bekas Perdana Menteri, Theresa May, pada 2018.
01:10Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended