Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Ribut salji terbaharu melanda Midwest hingga Timur Laut Amerika Syarikat, menyebabkan lebih 16 juta penduduk berada di bawah amaran cuaca. Jalan raya di Missouri dan beberapa negeri lain licin dan berbahaya, dengan rakaman MDOT menunjukkan kenderaan bergerak perlahan di atas permukaan jalan dilitupi salji. Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, ribut ini dijangka memuncak antara Isnin dan Selasa, membawa sehingga satu kaki salji ke beberapa kawasan serta hujan beku ke bandar-bandar utama seperti Washington, Philadelphia dan Boston.
Transcript
00:00Lalu lintas di Bridgeton, Missouri bergerak perlahan selepas ribut salji yang melanda Midwest menyebabkan permukaan jalan licin dan berbahaya.
00:09Rakaman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Missouri MDOT menunjukkan trailer besar serta kenderaan lain terpaksa memandu perlahan di atas jalan yang dilitupi salji tebal.
00:19Menurut ramalan, udara sejuk dari Kanada dijangka membawa sehingga satu kaki salji ke kawasan dari Michigan sehingga New England tengah sekaligus menempatkan lebih 16 juta penduduk Amerika Syarikat di bawah amaran ribut salji.
00:34Ahli Meteorologi Pusat Ramalan Cuaca Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Rich Otto berkata ribut itu sudah mula menurunkan salji ringan dari Iowa hingga ke Kansas pada awal pagi Isnin dan akan semakin menguat ketika bergerak ke arah timur.
00:48Cuaca buruk yang menjejaskan Central Plains, Midwest dan Timur Laut itu dijangka mencapai tahap paling teruk sehingga selasa.
00:56Walaupun beberapa kawasan di Timur Interstate 95 mungkin terlepas daripada salji lebat, penduduk di Washington, Philadelphia dan Boston tetap dijangka berdepan hujan serta hujan beku katanya.
01:09Ribut salji ini berlaku hanya beberapa hari selepas satu lagi sistem cuaca ekstrim yang sebelum ini membawa lebih satu kaki salji ke beberapa bahagian Amerika Syarikat termasuk I.O.
01:18Indiana, Illinois dan sebahagian Midwest atas sehingga mengakibatkan gangguan lalu lintas yang serius.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended