Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Presiden Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Hakim Tomoko Akane, menegaskan institusi kehakiman global itu tidak akan tunduk kepada tekanan luar meskipun sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) mengganggu kehidupan peribadi pegawai kanan mahkamah.
Transcript
00:00Presiden Mahkamah Jenayah Antarabangsa ICC, Hakim Tomoko Akane, menegaskan institusi kehakiman global itu tidak akan tunduk kepada tekanan luar di sebalik sekatan dikenakan Amerika Syarikat mengganggu kehidupan pribadi pegawai kanan mahkamah.
00:14Pada ismin, pentadbiran Presiden Donald Trump mengenakan sekatan bersasar terhadap sembilan pegawai ICC termasuk pendakwa raya dan hakim sebagai tindakan balas terhadap siasatan mahkamah itu berhubung dawaan jenayah Perang Israel.
00:27Sumber diplomatik sebelum ini turut mendedahkan Washington sedang meneliti kemungkinan untuk memperluas sekatan terhadap keseluruhan mahkamah.
00:37Dalam ucapan pembukaan mesyuarat tahunan Badan Pentadbirom Statute di The Hague, Akane menegaskan bahawa ICC kekal bebas terutama dalam soal tafsiran undang-undang dan proses penghakiman.
00:47Akane turut mendedahkan bahawa sekatan terbabit memberi kesan besar kepada keluarga pegawai yang disasarkan serta menjejaskan urusan kewangan mereka di serata dunia termasuk di negara anggota ICC di Eropah.
00:59Sekatan itu antara lain membekukan aset individu terbabit di Amerika Syarikat dan menyekat akses mereka kepada sistem kewangan Amerika yang secara tidak langsung menjejaskan transaksi melalui bank antarabangsa berikutan hubungan rapat institusi kewangan global dengan sistem itu.
01:14ICC sebelum ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, bekas Menteri Pertahanan Yov Galan serta beberapa individu daripada Hamas atas dawaan jenayah ketiga perang Gaza.
01:27Ini bukan kali pertama Washington menyasarkan ICC dengan tindakan serupa pernah diambil terhadap pegawai mahkamah itu berhubung siasatan dawaan jenayah di Afganistan termasuk yang meneliti tindakan tentera Amerika.
01:39ICC ditubuhkan pada 2002 melalui Rome Statute, sebuah perjanjian antarabangsa yang memberi mahkamah itu bidang kuasa untuk meneliti dan mendakwa jenayah genoside, jenayah terhadap kemasaan serta jenayah perang yang dilakukan oleh warga negara negara anggota atau berlaku di wilayah negara anggota.
01:56Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended