Skip to playerSkip to main content
  • 18 minutes ago
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin memberi amaran seramai 1.3 juta orang dijangkiti HIV pada 2024, menekankan kelembapan ketara dalam usaha pencegahan global kerana pemotongan bantuan asing mengganggu rawatan, ujian dan program yang dipimpin oleh komuniti di seluruh dunia, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Transcript
00:00Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO memberi amaran seramai 1.3 juta orang dijangkiti HIV pada 2024.
00:08Agensi Kesihatan PBB itu menekankan kelembapan ketara dalam usaha pencegahan global kerana pengurangan bantuan asing mengganggu rawatan, ujian dan program yang dipimpin oleh komuniti di seluruh dunia.
00:19Semperna Hari AIDS Sedunia, WHO berkata tindak balas AIDS global mencapai persimpangan kritikal dengan jangkitan baharu yang secara tidak seimbang menjejaskan komuniti yang paling terdedah di dunia.
00:32Agensi Kesihatan PBB itu memberi amaran bahawa stigma, diskriminasi dan halangan undang-undang terus menghalang orang yang paling berisiko daripada mengakses penjagaan kesihatan.
00:41Secara global, dianggarkan 40.8 juta orang hidup dengan HIV pada 2024 dan 630,000 orang meninggal dunia akibat komplikasi berkaitan HIV.
00:53Menurut WHO, pengurangan mendadak dalam dana antarabangsa tahun ini memberi kesan yang teruk dan serta-merta.
01:00Perkhidmatan pencegahan, ujian dan rawatan dikurangkan atau digantung di beberapa negara.
01:05Di sebalik krisis dana, agensi kesihatan itu menunjulkan kemajuan signifikan pada 2025 dengan pengenalan Lena Kapavir, LEN, suntikan dua kali setahun yang sangat berkesan dan diluluskan oleh WHO sebagai pilihan profilaksis prapendedahan baharu.
01:21Direka untuk orang yang sukar dengan ubat oral harian atau menghadapi stigma di kemudahan kesihatan, Lena Kapavir mewakili campur tangan transformatif.
01:29Agensi itu meluluskan ubat itu pada 6 Oktober, membuka jalan bagi kelulusan pantas di Afrika Selatan, Zimbabwe dan Zambia.
01:37WHO menggesa kerajaan untuk mengintegrasikan perkhidmatan HIV ke dalam penjagaan kesihatan primer, meningkatkan pelaburan domestik dan melindungi hak populasi utama.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended