Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
MEF gesa pindaan Akta PERKESO 2025 dilaksana secara praktikal dengan perancangan kewangan telus, garis panduan jelas dan libat urus bersama majikan.
Transcript
00:00Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia MEF menyeru agar pindaan Akta Pertubuhan Keselamatan Sosial Perkeso 2025 dilaksanakan secara seimbang dan mampan walaupun terdapat penambahbaikan ketara yang diperkenalkan.
00:15Presiden MEF, Datuk Dr. Syed Hussein Syed Husman berkata pindaan ini termasuk pelindungan 24 jam, faedah yang dipertingkatkan serta sokongan mobiliti dan latihan baharu kepada pekerja.
00:25Beliau menegaskan pelaksanaan pindaan perlu disokong oleh perancangan kewangan telus dan kajian aktuari yang tepat bagi memastikan kemampanan dana perkeso dalam jangka panjang.
00:37MEF mengalu-alukan allowance mobiliti dan sokongan latihan namun menekankan program latihan mesti selaras dengan keperluan industri dan memberi ketamaan kepada kemahiran berimpak tinggi.
00:48Walaupun kadar caruman pekerja kekal, MEF meminta ketelusan mengenai asas aktuari bagi sebarang peningkatan caruman serta garis masa pelaksanaan yang jelas.
00:59MEF terut menyeru kerajaan dan perkeso memperkukuh libat urus dengan majikan, menyediakan latihan mencukupi dan meningkatkan sistem sokongan digital.
01:08MEF menekankan bahawa pelaksanaan pindaan ini mesti praktikal supaya tidak menimbulkan kesan tidak dijangka kepada majikan dan pekerja.
01:18Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended