Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Situasi banjir di Terengganu, Selangor, Kelantan, Perak dan Pahang menunjukkan perkembangan positif dengan penurunan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi tadi.
Transcript
00:00Situasi banjir di Terengganu, Selangor, Kelantan, Perak dan Pahang menunjukkan perkembangan positif dengan penurunan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara PPS setakat 6 pagi selasa.
00:12Di Terengganu, misalnya jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 268 orang daripada 97 keluarga berbanding 511 orang daripada 178 keluarga malam tadi.
00:23Mereka ditempatkan di 3 PPS yang masih beroperasi. Selangor turut merekodkan penurunan mangsa banjir kepada 1,839 orang daripada 524 keluarga di 27 PPS.
00:36Empat daerah masih terjejas di Selangor iaitu Kuala Selangor, Sepang, Kuala Langat dan Sabak Bernam.
00:43Jumlah mangsa banjir di Kelantan turut berkurangan kepada 203 orang daripada 82 keluarga pada pagi selasa.
00:49Di Perak, jumlah mangsa banjir sedikit menurun kepada 3,467 orang daripada 1,007 keluarga yang berlindung di 21 PPS di 5 daerah terjejas.
01:00Di Pahang pula, jumlah mangsa banjir sedikit meningkat kepada 243 orang daripada 61 keluarga berbanding 200 orang daripada 52 keluarga pada malam tadi.
01:10Sementara itu, di Polis, jumlah mangsa meningkat kepada 2,226 orang yang ditempatkan di 8 PPS.
01:21Manakala di Kedah, jumlah mangsa yang masih ada ialah 194 orang kini berlindung di 2 PPS.
01:28Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended