Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memohon pengampunan daripada Presiden Isaac Herzog, mendakwa perbicaraan rasuah menghalang pentadbiran. Pejabat Presiden sahkan permohonan luar biasa itu sedang dipertimbangkan.
Transcript
00:00Baik Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membuat langkah luar biasa apabila mengemukakan permohonan pengampunan kepada Presiden Negara itu Isaac Herzog pada ahad.
00:10Permohonan itu berkait kes rasuah yang telah berlarutan selama bertahun-tahun.
00:15Netanyahu berhujah bahawa proseding jenayah yang sedang berjalan menjejaskan keupayaannya untuk mentakbir dan pengampunan akan memberi manfaat kepada masyarakat Israel.
00:25Pejabat Presiden mengesahkan menerima permohonan tersebut dan turut menedahkan surat daripada pasukan peguam Netanyahu.
00:33Dalam kenyataan, Pejabat Herzog menyifatkan permintaan itu sebagai luar biasa dan mempunyai implikasi besar.
00:40Beliau menegaskan semua pandangan berkaitan akan diteliti sebelum keputusan dibuat dengan janji mempertimbangkan permohonan itu secara bertanggungjawab dan ikhlas.
00:49Netanyahu yang merupakan Perdana Menteri pada lama berkhidmat di Israel untuk menafikan tuduhan rasuah, penipuan dan salah guna kuasa yang dikenakan terhadapnya.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended