00:00Pertemuan kembali video kecerdasan buatan atau AI yang hampir real mengaburi garisan antara kebenaran dan kepalsuan.
00:08Penyebaran kandungan AI ketika bencana banjir baru-baru ini menimbulkan kekeliruan, risiko panik dan ancaman keselamatan maklumat negara.
00:17Pakar Perang Saraf dan Penganalisis Keselamatan Politik Universiti Teknologi Marah UITM, Dr. Nurnirwandi Makhnurdin berkata,
00:24Perkara ini membimbangkan apabila masyarakat mudah terpengaruh dengan kandungan sedemikian.
00:31Beliau berkata masyarakat berdepan era baharu apabila kini sesiapa sahaja boleh menghasilkan video atau visual AI berkaitan banjir dengan meyakinkan dan lengkap pelbagai jenis animasi.
00:45Tegasnya, orang ramai wajar menerapkan amalan tabayun iaitu berhenti sejenak dan menyemak maklumat dahulu sebelum menekan butang kongsi.
00:55Jangan hanyut dalam kegairahan untuk menjadi yang terawal.
00:59Ujurnya lagi, negara perlu mempertimbangkan pembentukan pusat maklumat bencana nasional serta segmen fact-checking khusus untuk bencana bagi memastikan aliran maklumat lebih teratur, cepat dan tepat.
01:13Setiap lapisan masyarakat kini menjadi benteng pertahanan maklumat supaya tidak mudah dimanipulasi oleh kandungan AI ekstrim atau palsu, terutama ketika bencana.
01:25Antara bahaya lain kandungan AI ketika bencana, pihak berkuasa berkemungkinan terlepas pandang kawasan sebenar dilanda banjir.
01:33Justru, bantuan tidak dapat diagihkan dengan efisien.
01:38Visual AI palsu juga boleh dieksploitasi untuk penipuan termasuk permintaan derma palsu, eksploitasi simpati dan manipulasi emosi masyarakat.
01:47Kandungan sedemikian, terutama boleh dieksploitasi pihak tertentu bagi mencipta naratif ketidakpercayaan terhadap kerajaan dan agensi penyelamat.
Be the first to comment