Skip to playerSkip to main content
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip menasihati orang awam diminta bersiap sedia menghadapi hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia. Hujan dijangka akan merentasi Semenanjung dan bergerak ke Laut Cina Selatan di bahagian Timur.

Menurut ramalan, malam ini hujan berpotensi turun di beberapa kawasan Semenanjung, manakala lusa malam atau esok malam, hujan dijangka berlaku di bahagian pantai timur.

#AWANInews
Transcript
00:00Public kita lah, saya nak minta supaya bersiap sedia, bersiap siaga dengan episod hujan lebat yang agak luar biasa kali ini.
00:08Kita tak pasti banyak mana yang akan datang tapi berdasarkan kepada gambar radar kita tadi,
00:14ini adalah keadaan hujan yang sedang berlaku di perairan Selat Melaka yang akan memasuki ke negara kita
00:22dan seterusnya akan bergerak merentasi semenanjung menuju ke Laut Cina Selatan di sebelah timur.
00:28Jadi maknanya hari ini, sekarang ini dah mula hujan, malam ini akan hujan, besok akan hujan,
00:36mungkin sebelah malam besok atau awal pagi lusa akan berada di pantai timur.
00:42Itu yang akan berlaku dengan situasi sekarang ini.
00:45Jadi saya rasa untuk orang awam, kerana dapat maklumat yang terkini bolehlah melayari laman sesawang kami di www.met.gov.my
Be the first to comment
Add your comment

Recommended