Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara, Indonesia telah meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa, ketika beberapa negara di Asia Tenggara berdepan dengan bencana banjir buruk.
Transcript
00:00Banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara, Indonesia telah meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa ketika beberapa negara di Asia Tenggara berdepan dengan bencana buruk banjir.
00:14Satu saiklon tropika melanda pulau Sumatera, Indonesia dan menyebabkan hujan lebat dan limpahan air dari selat Melaka yang mencetuskan banjir serta tanah runtuh.
00:24Di Sumatera Utara, sekurang-kurangnya 24 orang telah terkorban akibat banjir dan 5 orang dilaporkan hilang.
00:31Di kawasan Sibolga dan juga Tapanuli, Tapanuli Tengah paling teruk ditejas dengan komunikasi dan bekalan elektrik terputus.
00:40Antara yang terkorban termasuk sebuah keluarga di Tapanuli Tengah, banjir teruk menjejaskan wilayah Sumatera Barat.
00:46Ini menurut laporan daripada Agensi Pengurusan Bencana Indonesia, pokok tumbang menghalang jalan wilayah itu dan juga jentera penggali digunakan untuk mengorek timbulan lumpur yang bagi mencari mangsa yang hilang.
00:59Banjir di Indonesia adalah sebahagian daripada siri bencana yang melanda rantau Asia Tenggara dan setakat ini, lebih 30 orang terkorban akibat banjir di Thailand, Malaysia dan juga Vietnam.
01:09Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended