Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Nadi Arena (18/11/25)
Transcript
00:00FAM akan memulakan proses dikas sebagai langkah memastikan keadilan dapat ditegakkan serta mempertahankan integriti proses kelaikan pemain yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan badan-badan berkaitan.
00:13Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Yusof Mahadi dalam kenyataannya menegaskan, badan Indo itu tetap committed untuk memperjuangkan hak semua pemain yang layak mewakili negara.
00:21Beliau menjelaskan, FAM akan memastikan setiap tindakan diambil secara profesional, telus serta mengikut saluran undang-undang yang sewajarnya.
00:31Terdahulu, FIFA mendedahkan alasan penuh keputusan jawatan kuasa rayuan, susulan keputusan pada 3 November lalu yang menolak rayuan FAM dan tujuh pemain.
00:41Keputusan itu mengekalkan hukuman denda RM1.8 juta ke atas FAM yang dikenakan oleh jawatan kuasa tata tertib FIFA pada September lalu.
00:50Selain itu, tujuh pemain terbabit digantung 12 bulan dan dikenakan denda RM10,000 setiap seorang.
00:57Persatuan itu juga menekankan bahawa mereka akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa serta badan berkaitan bagi memastikan setiap prosedur dipatuhi.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended