Pak ‘guard’ baru 11 hari bekerja didakwa amang seksual pelajar lelaki
Seorang pesara tentera yang baru 11 hari bekerja sebagai pengawal keselamatan sebuah sekolah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka pada Selasa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhafiza Jaafar.
Tertuduh, Ibrahim Dini, 59, didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
00:00Seorang pesara tentera yang baru 11 hari bekerja sebagai pengawal keselamatan sebuah sekolah dihadapkan ke Mahkamah Session Melaka pada selasa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki minggu lalu.
00:13Tertuduk Ibrahim Dini, 59 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Rohatul Ahmad Abdullah.
00:21Mengikut pertuduhan, kejadian tersebut didakwa berlaku pada selasa lalu, jam 1.23 petang ketika berada di dalam tandas lelaki sekolah berkenaan dalam daerah Melaka Tengah.
00:32Tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun 2 bulan.
00:40Perbuatan itu merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 14 Kurungan A Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan sebutan semula kes ditetapkan pada 6 Januari depan.
Be the first to comment