Brunei dan Singapura sedang memperkukuh kerjasama dua hala melalui kajian kemungkinan bagi menubuhkan Zon Makanan Teknologi Pertanian Brunei-Singapura (ATFZ), bertujuan memperkukuh keselamatan makanan, meningkatkan inovasi sektor agromakanan dan menarik pelaburan bernilai tinggi.
00:00Kerjasama Brunei-Singapura diperkukuh apabila kedua-dua negara memulakan kajian kemungkinan untuk menubuhkan Zon Makanan Teknologi Pertanian Brunei-Singapura atau ATFZ.
00:12Ini satif itu disahkan Kementerian Kewangan dan Ekonomi Brunei menerusi kenyataan rasmi pada Sabtu.
00:17ATFZ dilaksanakan melalui kerjasama antara Kementerian Kewangan dan Ekonomi MOFE Brunei bersama Kementerian Kemampanan dan Sekitaran Singapura serta Agensi Makanan Singapura.
00:33Zon berkenaan bertujuan mengukuhkan daya tahan bekalan makanan kedua-dua negara disamping menarik pelaburan bernilai tinggi dalam sektor agromakanan.
00:43Ia turut dijangka mewujudkan peluang pekerjaan, membangunkan kapasiti tempatan serta merangsang inovasi teknologi pertanian.
00:52Usaha ini akan memanfaatkan kelebihan strategi Brunei dari segi ketersediaan tanah dan agenda perlebagaan ekonominya manakala Singapura menyumbangi kepakaran dalam teknologi pertanian, kawas selia dan rangkaian pasaran.
01:06ATFZ dijangka menyokong pembangunan ekosistem agromakanan yang berdaya saing meliputi pengeluaran, pemprosesan dan ekspor produk makanan berkualiti tinggi ke pasaran serantau dan global.
Be the first to comment