Letupan yang berlaku awal pagi Ahad (16 November) itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada penduduk sekitar dan kerosakan harta benda.
00:00Sebuah gunung berapi di Sakurajima, barat daya Jepun, meletus awal pagi ahad dengan menghamburkan debu setinggi 4,400 meter.
00:08Letusan berterusan selepas kejadian awal mendorong agensi kaji cuaca mengeluarkan ramalan taburan abu bagi beberapa kawasan di wilayah itu.
00:17Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kerosakan bangunan dilaporkan setakat ini.
00:21Untuk rekod, ini adalah letusan pertama yang mencapai ketinggian 4 kilometer atau lebih dalam tempoh hampir 13 bulan.
00:30Media Tempatan turut melaporkan, 30 penerbangan masuk dan keluar dari lapangan terbang Kagoshima dibatalkan akibat hujan debu dan kesan-kesan daripada letupan yang berkaitan.
00:41Sakurajima merupakan salah satu gunung berapi paling aktif di Jepun dan letusan pada pelbagai tahap berlaku secara berkala.
Be the first to comment