Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Langkah itu diadakan sempena pilihan raya umum negara itu yang akan diadakan pada Februari 2026, kali pertama sejak kebangkitan rakyat menggulingkan Perdana Menteri ketika itu Sheikh Hasina.
Transcript
00:00Bangladesh akan melaksanakan pelan keselamatan khas selama 9 hari bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijadual berlangsung Februari tahun depan.
00:10Perkara itu dimaklumkan penasihat Hal Ehwal Dalam Negeri, MD Jahangir Alam Chaudhuri pada Sabtu.
00:18Katanya, pelan perkenaan boleh diubah suai bergantung kepada perkembangan situasi dalam negara.
00:24Menurut beliau, seramai 30,000 anggota tentera Bangladesh kini bertugas dan jumlah itu akan ditingkatkan kepada hampir 100,000 anggota.
00:34Ini bagi memastikan keselamatan sepanjang pilihan raya.
00:37Pasukan keselamatan lain juga akan dikerah bagi memastikan keadaan terkawal dan selamat sepanjang proses pilihan raya berlangsung.
00:46Pilihan raya umum akan diadakan pada Februari 2026, kali pertama sejak kebangkitan rakyat menggulingkan Sheikh Hasina,
00:53Perdana Menteri ketika itu.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended