Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Seorang pekerja maut manakala beberapa lagi dikhuatiri terperangkap selepas runtuhan lombong batu di Sonbhadra, Uttar Pradesh, India, dengan operasi mencari dan menyelamat sedang digerakkan pihak berkuasa.

Transcript
00:00Seorang pekerja disahkan maut manakala beberapa lagi mangsa terperangkap dalam runtuhan sebuah lombong batu di Son Badra, Utara India.
00:08Menurut Ketua Polis Daerah Son Badra, Abhishek Verma, insiden berlaku awal pagi Sabtu di Lombong Krishna di Bandar Obra.
00:30Runtuhan dilaporkan berlaku ketika kerja-kerja penggerudian sedang dicalankan mengakibatkan sebahagian struktur batu roboh secara mendadak.
00:52Media tempatan menyatakan sekurang-kurangnya 10 pekerja berada di dalam lombong ketika kejadian dan usaha mencari serta menyelamat sedang digerakkan.
01:01Insiden di Obra yang terletak lebih 400km dari Lucknow menimbulkan kebimbangan terhadap tahap keselamatan operasi mining di wilayah tersebut.
01:09Pihak berkuasa setakat ini masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa yang masih terperangkap.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended