Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
PDRM tingkat pemantauan antarabangsa guna Malaysia sebagai lokasi transit
Transcript
00:00Polis Diraja Malaysia meningkatkan pemantauan terhadap rangkaian penyeludupan dadah antarabangsa yang dikenalpasti menjadikan Malaysia sebagai lokasi transit sebelum dihantar ke negara lain.
00:12Ketua Polis Negara Datuk Seri Muhammad Khalid Ismail berkata, tindakan itu seiring dengan peringatan Perdana Menteri berhubung kewujudan Kartel Besar Penyeludupan Dadah.
00:21PDRM menegaskan usaha memantra sindiket rentas sempadan terus diperhebat termasuk menggunakan laluan laut dan kontena kargo sebagai mondus operandi.
00:33Antara kes yang menarik perhatian antarabangsa ialah rampasan 336 kg heroin oleh Australian Border Force pada 13 Mac 2023 yang disyaki transit melalui pelabuhan Kelang sebelum dihantar ke Australia.
00:48Sesudahan itu, PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Nakrotik JSJN bersama Australian Federal Police menubuhkan pasukan petugas bersama semasa persidangan Interpol di Glasgow pada 6 November 2024.
01:03Pasukan itu memberi tumpuan terhadap kes penyeludupan dadah transnasional menggunakan perkhidmatan kontena kargo antara Malaysia dan Australia.
01:11Bekalan besar syabu seberat 33.2 tan bernilai lebih RM1 bilion dirampas di pelabuhan Kelang pada 25 Januari 2025 disyaki dari Asia Tengah sebelum transit di Malaysia.
01:25Mohd Kali menegaskan kejayaan operasi itu membuktikan keupayaan PDRM mengukurkan perkongsian risikan antarabangsa bagi mematalkan sindiket yang dikena pasti.
01:35PDRM juga meneliti setiap rangkaian terlibat dan memperkukuh kerjasama dengan agensi penguatkuasa tempatan serta luar negara bagi memastikan tiada kompromi dalam tindakan undang-undang.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended