Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Dalam upacara tersebut, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam menyerahkan Nota Serah Terima Tugas, Tongkat Kuasa dan Pennant MALBATT.
Transcript
00:00Upacara serah terima tugas komanda dari Pasukan Betelian Malaysia Malbat 85012 kepada Malbat 85013 selesai di Kemarakah, Selatan Lubnan pada Sabtu.
00:13Malbat 85013 merupakan kontingen terakhir menyertai misi pengaman bersama Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan.
00:22Sejurus prajurit negara pulang ke tanah air, tanggungjawab mempertahankan keamanan di Lubnan diserahkan kepada pihak tempatan.
00:31Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Gen. Tan Sri Muhammad Nizam Jaafar berkata, Malbat berjaya memikul amanah besar ini dengan penuh tanggungjawab sejak penglibatan pada tahun 2007.
00:41Majlis ini mahu makna yang besar, makna sebuah amanah yang diteruskan dan makna sebuah tanggungjawab yang akan ditunaikan sehingga hari yang terakhir.
00:53Masyarakat di Lubnan menilai siapa kita bukan melalui kelengkapan atau persenjataan tetapi melalui cara kita mendengar, berinteraksi dan membantu.
01:07Itulah kekuatan sebenar malbat, kekuatan yang lahir daripada disiplin, empati dan rasa hormat terhadap manusia yang sedang menghadapi cabaran hidup.
01:17Kita tidak berada di sini untuk menguasai sesiapa. Kita berada di sini untuk memberi ruang kepada keamanan bertapak.
01:27Dan selama misi ini berlangsung, saudara dan saudari telah menunaikan amanah itu dengan penuh martabat.
01:36Tambah beliau, Malbat 85013 perlu diperkukuh melalui latihan silang bersama Angkatan Tentera Lubnan bagi memastikan kesiapsiagaan di lapangan sentiasa berada pada tahap tertinggi.
01:47Malbat 85013 berjumlah 532 anggota, terdiri daripada 68 pegawai dan 442 anggota lain-lain pangkat, termasuk 3 pegawai dan 18 anggota Angkatan Bersenjata di Raja Brunei serta seorang pegawai kewangan awam dari Kementerian Pertahanan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended