Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan meletakkan keutamaan tertinggi membanteras rasuah, termasuk membongkar kartel penyeludupan besar di Pelabuhan Klang yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan meletakkan usaha membantras rasuah sebagai keutamaan tertinggi termasuk kes berskala besar yang merugikan negara berbilion ringgit.
00:09Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen itu ketika bertemu pengamal media Sabah dalam satu sesi sembang santai pada Ahak.
00:18Anwar menghargai tindakan tegas kerajaan membantras kartel penyeludupan di Pelabuhan Kelang yang didakwa beroperasi puluhan tahun tanpa tindakan tegas sebelum ini.
00:28Selepas menerima taklimat awal, kerajaan melancarkan operasi agresif yang membawa kepada rampasan bernilai RM15.5 bilion serta pendakwaan ke atas beberapa individu.
00:40Anwar bagaimanapun memuji agensi penguatkuasa yang berani bertindak apabila kerajaan menunjukkan kemahuan politik yang tegas.
00:46Tegas beliau semua tindakan memerlukan bukti kukuh dan mesti melalui proses undang-undang serta menolak dakwaan bahawa kerajaan mengabaikan agenda anti-rasuah hanya kerana bekerjasama dengan parti yang pernah dikaitkan skandal.
00:59Dalam pada itu, beliau menyatakan banyak tuduhan tular hanya bersandar video atau dakwaan umum tanpa asas sedangkan tindakan hanya boleh diambil selepas siasatan SPRM mengesahkan wujud kes yang boleh dibawa ke mahkamah.
01:12Anwar menegaskan tiada individu dilindungi daripada siasatan termasuk tokoh politik berpengaruh dan menyatakan rasuah adalah garis merah bagi kerajaan madani.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended