Seorang guru silat berdepan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan persetubuhan luar tabii terhadap dua remaja perempuan yang juga pelajarnya berusia 14 dan 15 tahun di Mahkamah Sesyen Melaka, pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh, Yusof Omar, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kesemua tiga pertuduhan yang dibacakan di mahkamah berasingan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin dan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
00:00Seorang guru silat berdepan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan persetubuhan luar tabi'i terhadap dua remaja perempuan yang juga pelajarnya berusia 14 dan 15 tahun di Mahkamah Session di Melaka pada Jumaat.
00:14Tertuduh Yusof Omar 44 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kesemua tiga pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Berasingan di hadapan Hakim Raja Nur Adila Raja Mahyaldin dan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
00:27Bagi pertuduhan di hadapan Hakim Raja Nur Adila, tertuduh didakwa dengan sengaja telah melakukan amang seksual fizikal bagi tujuan seksual dan didakwa mengikut Seksyen 14 Kurungan A Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.
00:43Tertuduh juga didakwa dengan sengaja telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabi'i terhadap mangsa sama dan didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 5 tahun dan maksimum 20 tahun serta sebat.
01:01Kedua-dua perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 2 petang di rumah beralamat Taman Teluk Mas pada 13 September lalu.
01:09Dalam proseding di hadapan Hakim Rohatul, tertuduh berdepan dengan satu lagi pertuduhan di bawah Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 atas kesalahan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang lagi remaja berusia 14 tahun.
01:25Kesalahan itu dilakukannya kira-kira jam 8 pagi di lokasi sama pada 8 Oktober lalu.
01:31Peguam Nigeltai yang mewakili tertuduh memohon agar jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai guru silat dengan pendapatan tidak menentu, tidak mencecah RM1,000 pada bulan lalu.
01:45Tertuduh juga menyara ibu sakit tua selain menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis, jantung selain masalah saraf di kaki kiri.
01:53Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin keseluruhan sebanyak RM24,000 dan kes disebut semula 15 dan 23 Disember depan.
Be the first to comment