MB Pahang lulus RM150,000 dana NGO dalam Town Hall Rakyat Sinar Harian
Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail membuat keputusan serta-merta meluluskan dana RM150,000 kepada Drugs intervention Community (DIC) Pahang selepas dipohon wakil NGO itu dalam sesi soal-jawab program Town Hall Rakyat Sinar Harian pada Rabu.
Beliau bertanya berapa peruntukan yang diperlukan sebelum wakil DIC menyebut amaun RM300,000, namun Wan Rosdy meluluskan RM150,000 terlebih dahulu dan meminta susulan dibuat dengan Pegawai Kewangan Negeri Pahang.
Dapatkan video penuh kenyataan Menteri Besar Pahang dalam Town Hall Rakyat: Belanjawan 2026 anak Pahang mahu apa? di platform digital Sinar Harian!
Be the first to comment