Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata hak perlembagaan bukan bahan tawar-menawar dan ia mesti dipenuhi tepat seperti yang diperuntukkan.
Transcript
00:00Barisan Nasional BN Sabah menegaskan rundingan berhubung hak 40% hasil negeri itu yang akan diadakan selepas ini mesti dijalankan secara telus,
00:09berlandaskan data kewangan sebenar dan bebas daripada sebarang manipulasi politik.
00:14Pemerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berkata, Sabah tidak lagi akan menerima rundingan tanpa hasil dan menuntut agar hak negeri itu dipenuhi
00:22sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
00:25Bung Mokhtar berkata, hak Perlembagaan bukan bahan tawar-menawar dan ia mesti dipenuhi tepat seperti yang diperuntukkan.
00:35Ahli Parlimen Kinabatangan itu menambah BN Sabah akan memantau setiap peringkat proses tersebut.
00:41Menurut beliau, keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak memfalkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu
00:47serta memulakan rundingan segera merupakan pengiktirafan terhadap prinsip undang-undang yang penting.
00:53Malah hak 40% hasil Sabah bukan islam politik tetapi kewajiban perlembagaan.
00:59Peruntukan 40% ini adalah komitmen perlembagaan yang mengikat, termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sejak pembentukan Malaysia pada 1963.
01:09Bung Mokhtar turut menegaskan kelemahan dan penyelewengan pentadbiran yang berlaku sejak 1974 bukan sekadar isu teknikal
01:16tetapi telah mencemarkan prinsip federalisme yang menjadi asas hubungan antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended