Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan terhadap tuntutan hak 40 peratus hasil Sabah akan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada Selasa.
00:00Baik kita bertemu kembali, Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap pemberian khas negeri Sabah dari tahun 1974 hingga 2021 berdasarkan 40% hasil.
00:12Jabatan Peguam Negara EGC dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan memulakan proses rundingan bersama Kerajaan Negeri Sabah dengan kadar segera.
00:21Jelas EGC Kerajaan Persekutuan menghormati prinsip pemberian khas berdasarkan 40% hasil sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
00:30Pada mesyuarat sama, Peguam Negara telah memberikan nasihat dan pandangan kepada Jemaah Menteri berhubung kecatatan dalam alasan penghakiman tersebut.
00:40Antaranya dawaan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah menyalahgunakan kuasa dan melanggar kewajiban perlembagaan.
00:48Alasan penghakiman juga menyatakan bahawa kajian semula selepas tahun 2021 adalah menyalahi undang-undang, tidak rasional, tidak terdapat ketidakaturan dari segi prosedur dan tidak berkadaran.
01:00Kerajaan Persekutuan akan merayu berhubung kecacatan dalam alasan penghakiman tersebut.
Be the first to comment