Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Operasi pada Selasa ditamatkan sekitar jam 7.30 malam dan akan bersambung Rabu.
Transcript
00:00Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam di perairan sempadan Malaysia, Thailand di Langkawi menemukan 4 lagi mayat pada petang selasa.
00:09Penemuan itu sekaligus menjadikan 20 mangsa ditemukan maut setakat ini terdiri daripada 7 lelaki, 9 wanita, 2 kanak-kanak lelaki dan 2 kanak-kanak perempuan, manakala 14 lagi ditemukan selamat.
00:20Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, maklumat diterima daripada orang awam mengenai penemuan mayat seorang wanita berhampiran Pulau Intan Kecil sekitar pukul 1 tengah hari selasa.
00:37Pada pukul 1.41 tengah hari pula, Jabatan Laut Malaysia memaklumkan mengenai penemuan mayat seorang lelaki terdampar di barat Tanjung Belua.
00:46Beberapa minit kemudian, KM Siang In turut mengesan satu lagi mayat lelaki di lokasi 1.6 batu nautika dari Tanjung Belua.
00:55Penemuan terakhir pada pukul 4.13 petang apabila tentera laut diraja Malaysia menemukan satu mayat lelaki satu batu nautika dari Tanjung Belua.
01:03Jelas Romli, operasi pencarian masih diteruskan dengan bantuan aset pelbagai agensi dan kawasan pencarian ditupukan di zon uncuran arus yang dikenal pasti berpotensi membawa mangsa ke daratan.
01:15Operasi pada selasa disamakan pada pukul 7.30 malam dan akan bersambung rabu.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended