00:00Seorang pegawai pengurusan tertinggi di sebuah kementerian telah direhatkan serta merta berikutan tuduhan salah laku yang diterima.
00:19Polis akan memohon lanjutan reman terhadap pengarah dan penyanyi kontroversi Wee Meng Chi atau NEMWI bagi bantu siasatan kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel pada Oktober lalu.
00:34Parti Keadilan Rakyat PKR mengumumkan 10 calon yang akan mewakili parti itu pada pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.
00:41Barisan Nasional Sabah akan bertanding di 41 kerusi pada pilihan Raya Negeri PRN Sabah ke-17.
00:51Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan mengutip kira-kira RM10 bilion hasil cukai dari Sabah pada 2024 namun sebanyak RM17 bilion disalurkan semula ke negeri berkenaan jauh melebihi kadar yang dituntut.
01:06Jenayah e-dagang di negara ini menunjukkan tren memimbangkan apabila 12,297 kes direkodkan dari Januari hingga Oktober tahun ini meningkat 97% berbanding tempoh sama tahun lepas.
01:22KPDN terus memperkukuh agenda digitalisasi dan ketelusan harga barangan dengan memperluaskan kerjasama sektor peruncitan menerusi pemetraian MOU bersama dua pasar raya utama di Sabah.
01:36Filipina kini berdepan ancaman besar apabila Taufan Uwan atau nama antarabangsanya Fung Wong yang diibaratkan sebesar negara itu sendiri semakin kuat dan dijangka menghentam utara Luzon dalam masa terdekat.
01:49Kerajaan Indonesia mula merangka rang undang-undang RUU mengenai dinominasi semula rupiah yang dijangka siap pada 2027.
01:58Istanbul dinobat sebagai bandar paling menarik Eropah oleh majalah pelancongan berpangkalan di United Kingdom, Wanderlust, dalam anugerah pelancongan pembaca 2025 yang berlangsung di London baru-baru ini.
Be the first to comment