Skip to playerSkip to main content
  • 11 months ago
Prosiding ini, yang dijangka selesai pada Jumaat lepas, dilanjutkan selepas peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memohon masa tambahan untuk menyiapkan hujahnya.
Transcript
00:00Pendengaran hujah kes 1MDB bernilai RM2.3 bilion yang melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi di Putrajaya tamat pada selasa selepas kedua-dua pihak selesai mengemukakan hujahan.
00:14Pihak pemilaan dan pendakwaan menyelesaikan hujah lisan terakhir mereka di hadapan Hakim Datuk Colin Lawrence Secura.
00:21Keputusan dijadwalkan pada 26 Nisan berdepan untuk menentukan sama ada bekas Perdana Menteri itu akan disabitkan atau dibebaskan.
00:30Pada penghujung proseding, kedua-dua pihak memaklumkan kepada mahkamah masih terdapat beberapa isu kecil yang perlu diselesaikan dan isu-isu tersebut akan dikemukakan secara bertulis mengikut arahan mahkamah.
00:44Proseding ini yang dijangka selesai pada Jumat lepas dilanjutkan selepas Peguam Utama Najib Tan Sri Muhammad Syafiq Abdullah memohon masa tambahan untuk menyiapkan hujahnya.
00:54Perbicaraan ini melibatkan 50 saksi pendakwaan dan 9 hari hujah lisan.
01:00Najib didakwa buat kali pertama pada 20 September 2018 dan perbicaraan bermula hampir setahun kemudian pada 28 Ogos 2019 dengan pihak pendakwaan menutup kes mereka pada 30 Mei 2024.
01:13Pada 30 Oktober 2024, mahkamah memerintahkan Najib membela diri atas semua pertuduhan dan proseding pembelaan berlangsung dari 2 Disember 2024 hingga 6 Mei 2025 melibatkan keterangan daripada 26 saksi.
01:27Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB di cawangan M Islamic Bank Berhad di Ibu Negara antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014.
01:44Terima kasih kerana menonton!
01:46Terima kasih kerana menonton!
01:48Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended