Banyak betul perkara yang terjadi dalam episod keempat Dewi Remaja 2025… tapi seperti biasa, the show must go on! 😮💨✨
Cabaran minggu ini menyaksikan 9 orang finalis membawakan karakter dayang kayangan menerusi lagu ‘Cak Cak Cekuk’ bersama penyanyi asal Wani Kayrie. Dengan tema yang penuh warna-warni dan berunsur fantasi, setiap dewi perlu menonjolkan sisi kreatif, ekspresi dan gaya masing-masing di hadapan kamera. 🌸
Turut menemani mereka ialah Arabella Ellen, naib juara Dewi Remaja 2023, yang turut berkongsi tips dan semangat untuk membantu dewi-dewi tampil lebih yakin di depan kamera. 💃🏻
Be the first to comment