- 5 months ago
Ikuti perbincangan bersama Penganalisis Politik Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub, berkenaan konflik dalaman Bersatu dan impak kepada keutuhan pembangkang.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sari kata oleh SDI Media
00:30Sari kata oleh SDI Media
01:00Sari kata oleh SDI Media
01:29di bahagian leher dan dada oleh rakan sekolahnya dalam kejadian tragik di sebuah sekolah menengah di bandar utama Petaling Jaya pada hari kejadian.
01:39Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah sebelum sempat dibawa ke hospital.
01:46Siasatan awal mendapati polis tidak menolak kemungkinan kejadian terpunca daripada dendam atau tekanan emosi yang dipendam suspek
01:53namun menolak dakwaan itu berkait penolakan cinta.
01:57Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan, tiada pihak ketiga terlibat dan hanya satu senjata digunakan.
02:07Kementerian Pendidikan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan murid dan pelajar sewaktu mereka di sekolah.
02:14Pada masa yang sama, Menteri Pendidikan Fadlina Siddiq berkata pentadbir sekolah juga perlu memantau keselamatan infrastruktur
02:20untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.
02:23Beliau merujuk kepada kejadian 27 September lalu, di mana seorang murid dajah 3 maut
02:32selepas terjatuh ke dalam saluran kumbahan sebuah sekolah di Negeri Sembilan.
02:37Katanya, meskipun pihak polis telah menetapkan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut, NFA,
02:44KPM tidak akan sesekali lepas tangan mengenai keselamatan pelajar.
02:49Jadi pelbagai intervensi dan juga mekanisme telahpun kita ambil langkah dengan tambah baik dalam banyak aspek
02:58aspek keselamatan ini termasuk dalam lingkungan kawasan-kawasan kemalangan ataupun yang kita tidak jangka ini.
03:06Begitu juga dengan penyelenggaraan. Ini juga aspek yang sangat penting yang pentadbir harus komit dan juga ambil maklum dengan segera
03:14dan juga aspek-aspek lain termasuk menambah baik aspek-aspek keselamatan dan juga fasiliti di sekolah.
03:22Pihak polis sebelum ini berkata, mereka mendapati isiden itu adalah satu kemalangan dan tiada sebarang unsur jenayah dikesan.
03:30Satu lagi perkara yang kita akan terus amati rapat sepanjang minggu depan adalah status sihatan Perdana Menteri
03:38kerana sebelum ini Perdana Menteri terpaksa membatalkan lawatan kerja beliau ke Pahang atas nasihat pasukan perubatan.
03:45Dalam kenyataan rasmi, Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan untuk membataskan pergerakan beliau selepas mengalami sakit belakang.
03:53Sebelum ini, Anwar dijadual meneruskan lawatan kerja ke Pahang hari ini selepas tiba di Ibu Negara
03:59dari Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik atau APEC 2025 pada Sabtu.
04:07Namun atas nasihat pakar perubatan, Perdana Menteri perlu mendapatkan rehat yang secukupnya.
04:13Dalam kenyataan yang sama, Datuk Seri Anwar juga menjahirkan permohonan maaf beliau kepada rakyat Pahang
04:18yang telah pun bersiap sedia untuk menyambut kehadirannya.
04:23Juga sebiasa laporan politik dijangkakan terus hangat diperbincangkan dan diliputi sepanjang minggu depan.
04:30Spekulasi mengenai kemungkinan Khairi Jamaluddin kembali menyertai UMNO terus mencuri perhatian
04:35dengan pimpinan parti menegaskan bahawa UMNO kekal terbuka kepada individu yang ingin kembali
04:41namun proses dan peraturan dalaman perlu dihormati.
04:45Ahli majlis tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakob berkata,
04:49parti itu bersifat inklusif dan sentiasa mempertimbangkan kepentingan serta kekuatan organisasi terlebih dahulu.
04:57Beliau berkata, setiap individu yang pernah keluar atau ingin kembali mempunyai sebab tersendiri
05:04namun keputusan akhir tetap tertakluk kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
05:09Kita tahu Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sangat terbuka dalam banyak hak.
05:17Beliau bukan seorang yang pendendam. Beliau sangat mempentingkan kepentingan parti.
05:22Oleh sebab yang demikian, kita serahkan kepada kebijaksanaan beliau untuk mengumumkakan pandangan
05:30dan saya pun tak tahu cerita ini sejauh mana, yang nak masuk balik itu betul-betul ke nak masuk ke,
05:38sejauh mana hasrat nak masuk, apa kaedah dan cara.
05:42Beliau berkata demikian semasa program penyampaian agihan interim Felkra di Kinabatangan pada Sabtu.
05:48Hujarnya, UMNO akan mengikut proses wajarnya sekiranya Khairi Jamaluddin mengemukakan permohonan semula
05:54sambil menegaskan parti mengutamakan perpaduan dan kekuatan dalaman sebelum membuat keputusan.
06:04Dan di sebelah pembangkang dilihat konflik dalaman bersatu juga semakin mendapat perhatian ini
06:10susulan penggantungan antara tokoh-tokoh utama termasuk iaitu Wan Faisal dan juga pemecatan Wan Saiful sebelum ini
06:18dan tiga ketua bahagian bersatu sudah dipanggil lembaga disiplin dan mereka jangka akan dipecat.
06:25Apa impaknya kepada bersatu dan juga kepada keutuhan pembangkang secara keseluruhannya
06:30dalam minggu-minggu akan datang ini sekiranya ia berlansung seperti mana yang ramai jangkakan.
06:35Saya bersama dengan Dr. Muhammad Taufik Yaakob, penganalisis politik industri melayang.
06:38Dr. Taufik, Assalamualaikum, selamat kembali.
06:40Waalaikumsalam, selamat kembali.
06:43Dr. Taufik, antara naratifnya adalah mereka yang diambil tindakan ini sebelum ini
06:47Wan Faisal, Waf digantung, Wan Saiful dipecat, beberapa lagi dipanggil ahli lembaga disiplin.
06:53Naratifnya adalah kerana ini adalah kelompok yang menyokong Datuk Seri Hamzah Zainuddin
06:57dan ingin Tan Sri Muddin Yassin berundur atau digugurkan.
07:02Adakah ini hakikatnya atau adakah ada satu mungkin kisah yang lebih mendalam yang kita tidak tahu?
07:10Ya, sebenarnya apa yang berlaku dalam bersatu hari ini bukan secara keserohannya dimaklum
07:18ataupun diwar-warkan kepada keserohan rakyat ataupun ahli bersatu itu sendiri
07:23termasuklah pemimpin mereka itu sendiri.
07:26kerana saya berpandangan ada perkara-perkara dan isu-isu yang disembunyikan dan tidak didedahkan
07:33secara umum tentang apa yang berlaku dalam bersatu sebenarnya sama ada persoalan wujud atau tidak
07:41Kem Hamzah dengan Kem Azmin yang bersaing untuk mendapatkan kerusi presiden
07:47ataupun sebenarnya naratif ini diceritakan kepada ataupun dihidangkan kepada rakyat semata-mata
07:54untuk memastikan bahawa bersatu ini mendapat spotlight ataupun mendapat tumpuan daripada rakyat
08:01khususnya menjelang peneraya negeri dan peneraya-peneraya negeri serta peneraya umum yang akan datang.
08:07Tetapi hakikatnya misalnya daripada kami yang pemahati politik, politik dan dekat dengan pemimpin
08:16pembangkang serta pemimpin kerajaan itu sendiri dalam parti-parti politik dalam kerajaan itu sendiri
08:21kita mendapat maklumat-maklumat yang terus daripada pemimpin parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang
08:27memang wujud sebenarnya dua kamp Azmin dengan Hamzah ini untuk bersaing mendapatkan kerusi presiden itu sendiri
08:35dan kita lihat Datuk Seri Hamzah itu tidak kehadapan. Sudah semestinya ini menunjukkan bahawa
08:43rakan-rakan ataupun hulu balang politik beliau yang akan menjalankan tugas ataupun kerja
08:49bagi memastikan bahawa peperangan yang berlaku dalam bersatu hari ini tidak melibatkan beliau
08:56tetapi kedua-dua kamp ini kena mengaku supaya peperangan yang mereka cetuskan itu jelas
09:02dan kalau itu yang dimakmurkan oleh kedua-dua tim ini merebut jawatan presiden
09:07maka apa salahnya tunjukkan keberanian masing-masing untuk mengemudi parti bersatu
09:13dan kita lihat sendiri presiden bersatu Tansi Muhyiddin Yassin sedang di asak kiri dan kanan
09:19dan bagi saya apa yang boleh beliau lakukan iaitu hari ini mengambil tindakan yang begitu drastik
09:27sama ada meninggalkan posisi beliau sebagai presiden ataupun menganjurkan
09:33perhimpunan agung khas bagi memberi mandat sepuluh kepada ahli-ahli parti
09:38menentukan arah parti ataupun menentukan halutuju parti supaya perbalahan,
09:44persteruan dan apa saja yang berlaku dalam bersatu hari ini tidaklah akhirnya
09:49memunculkan atau mencetuskan satu kehancuran kepada bersatu itu sendiri dalam tempoh yang terdekat
09:55Dr. Mungkir ini satu soalan yang naif kerana kita tahu kamp-kamp ini ada di dalam hampir semua parti
10:02sejak azali lagi ini adalah perkara yang suka atau tidak suatu perkara yang agak normal dalam politik
10:06dan juga dalam parti politik itu sendiri dan soalan naifnya adalah
10:10tak selap saya pemilihan dalaman bersatu akan berlansung pada tahun 2027
10:14dan itu juga adalah tahun terakhir yang boleh diadakan pilihan raya umum
10:21jika kamp-kamp yang ingin menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin ini benar-benar percaya
10:24Tan Sri Muhyiddin tidak melakukan kerja yang bagus mengemudi bersatu perikatan nasional secara keseluruhannya
10:29dan itu akan melemahkan bersatu dan perikatan nasional dan tidak akan dapat mengalahkan
10:33Pakatan Harapan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang
10:37secara teorinya mereka masih lagi ada masa untuk melakukan ia dengan proses yang betul
10:41proses yang sewajarnya iaitu pemilihan dalaman yang saya rasa akan diadakan
10:46sebelum mungkin pilihan raya umum ke yang seterusnya pilihan raya umum ke-16
10:51adakah terlampau tidak realistik untuk kita meminta mereka melalui proses ataupun saluran rasmi itu?
10:59selalunya parti-parti politik ini mereka akan menangguhkan pemilihan parti
11:04supaya tidak berlaku perpecahan ataupun pergaduhan menjelang pilihan raya umum yang akan datang
11:12dan inilah dilakukan oleh parti-parti politik yang ada di negara kita
11:15dan walaupun dekat dengan pihak raya tetapi sebenarnya itu adalah satu kaedah memastikan bahawa
11:22kelancaran jenderal dan tidak berlaku sabotaj serta pemimpin yang tewas dalam pemilihan parti
11:28tidak melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan parti.
11:32Namun apa yang boleh kita lihat dalam konteks politik bersatu itu hari ini
11:37apa yang perlu dilakukan bagaimana Presiden itu menangani isu ini dengan sebaik mungkin
11:44dan dalam tempoh yang dekat berhadapan pihak raya negeri Sabah kemudiannya Melaka dan Johor
11:51PIU 16 maka perlu satu lampu ajaib oleh bersatu khususnya Tansi Muhyiddin Yassin itu memastikan
11:58bahawa dua kumpulan ini tidaklah boleh menghancurkan daripada dalam tentang masa depan
12:04serta apa yang nak dilakukan oleh bersatu dalam tempoh untuk berhadapan dengan pilihan raya-pian raya
12:10ataupun pihak raya umum ke-16 yang akan datang. Namun saya lihat bersatu ini
12:16di bawah Presiden Tansi Muhyiddin Yassin sedang berhadapan dengan satu pergolakan
12:20yang tidak boleh kita saikan dengan begitu tuntas kerana apa kita lihat sebelum ini
12:24ada enam orang ahli parlimen bersatu yang mengalih sokongan kepada kerajaan
12:29perpaduan itu pun Tansi Muhyiddin Yassin tidak boleh tangani keadaan ataupun
12:35penghijrahan berkenaan dan kemudiannya dua ahli parlimen bersatu berhadapan dengan
12:40satu tindakan digantung dan yang kedua dipecat dan kita lihat semalam
12:4518 lain mengutus surat kepada Presiden supaya dilakukan sesuatu perkara yang
12:52tidak boleh mengancam kehancuran bersatu itu sendiri. Namun kita tak nampak
12:57ataupun kita tidak dengar lagi satu kenyataan umum khas daripada Presiden
13:01untuk merendahkan keadaan ini dan yang banyak bercakap hari ini iaitu
13:06Hulu Balang ataupun mereka yang lebih sudu daripada lebih kuah daripada sudu
13:12untuk bercakap tentang bagaimana bersatu perlukan. Kita lihat Tung Faizal
13:17kemudiannya Wan Saifu Wan Jan dan Wah itu sendiri ini mereka tidak
13:22mewakili kepimpinan secara tertinggi. Patutnya Presiden itu perlu bercakap
13:27dan perlu nyatakan penderian dan apa tindakan yang perlu dilakukan oleh beliau
13:31untuk memastikan bahawa krisis konflik yang sedang dalam bersatu ini
13:36sedang berlaku dalam bersatu ini dapat diselesaikan dengan begitu segera
13:39untuk berhadapan dengan perang sebenar iaitu dalam pihak raya. Dan kita juga
13:43lihat setiausaha agung bersatu itu sendiri hari ini seolah-olah berdiam diri
13:48dan hanya mengeluarkan satu kenyataan baru-baru ini iaitu tidak boleh ahli atau
13:53pemimpin yang ada dalam parti bersatu untuk berjumpa dengan mana-mana pemimpin yang
13:57dibuang ataupun dipecat ataupun dikenakan-kenakan. Jadi ke arah mana ahli
14:01dan pemimpin ingin pergi sedangkan mereka sendiri bergocak antara satu sama
14:06lain apatah lagi nak mengemudi kerajaan ataupun perikatan nasional
14:09kena selesaikan masalah dalaman bersatu itu sendiri kalau tidak jangan
14:13mimpi untuk menjadi kerajaan semula ataupun lebih baik letak jawatan sebagai
14:19pengurusi perikatan nasional bagi ruang kepada parti komponen yang begitu
14:23ada kekuatan yang mereka ada pada hari ini misalnya seperti
14:27PAS itu sendiri untuk mengemudi perikatan nasional.
14:30PAS juga sedang menyatakan hasrat mereka secara terbuka dan lantang baru-baru ini
14:34Dr. Taufik adalah muktamar baru-baru ini saya ingat bahawa mereka semakin berani
14:38dan lantang menyatakan bahawa kami patut menerajui perikatan nasional.
14:41Kami ada kekuatan, kami ada jentera, kami ada sokongan, dakwa mereka.
14:44Adakah itu sesuatu yang realistik untuk PAS menjadi parti yang paling ke depan
14:49menerajui perikatan nasional dan blok pembangkang secara keseluruhannya?
14:54Ya, kalau ada pemimpin yang berjiwa besar dan Tansi Muhyiddin Yassin berjiwa besar
14:59beliau perlu undur diri daripada perikatan nasional termasuk daripada bersatu
15:03bagi ruang tersebut untuk dikemudi oleh parti PAS kerana setingga hari ini
15:08kita lihat PAS sedang melihat daripada jauh tentang apa yang berlaku dalam bersatu
15:12dan sudah semestinya PAS boleh lakukan tugas ini kerana kita lihat
15:17bersatu sebelum ini pun tidak ada kekuatan jentera untuk berhadapan dengan
15:21mana-mana piang raya kecil hanya bergantung kepada PAS itu sendiri dan yang kedua
15:25bersatu itu daripada awal itu ada kekuatan kaki palsu sahaja untuk berhadapan
15:31dengan piang raya. Mereka ambil bekas-bekas Ali PKR, misalnya Azmin Ali pada PKR
15:37kemudian beberapa pemimpin lagi yang keluar dipecat daripada parti-parti politik lain
15:41maka keadaan ini bagi saya apa yang boleh dilakukan iaitu dengan memberi
15:46ruang kepada PAS untuk memudi perikatan nasional dan pada waktu yang sama
15:51jangan kita pelekehkan pemimpin PAS itu sendiri walaupun mereka tidak menjelaskan
15:57dengan cita-cita yang besar untuk menjadi Perdana Menteri atau memudi perikatan nasional
16:01namun bersatu tidak lagi boleh menjadi abang besar dalam perikatan nasional
16:06seolah-olah membangga diri bahawa mereka sahaja yang boleh memudi perikatan nasional
16:11bagi ruang kepada parti ataupun pemimpin yang lain untuk menerajui perikatan nasional
16:16dan selesaikan masalah dalaman parti terlebih dahulu sebelum
16:19nak bermimpi tentang nak menerajui negara kembali
16:23baik doktor banyak lagi kita nak bincangkan tapi kita perlu berhenti rehat terlebih dahulu
16:27kita akan kembali selepas ini dengan doktor Taufik
16:30baik teman-teman Kuali dalam fokus minggu depan kita sedang bincangkan konflik dalaman bersatu
16:45selepas antara tokoh-tokoh utamanya digantung atau dipecat sebelum ini
16:49kira-kira bulan lepas kita lihat Wan Faisal digantung
16:53Wan Saiful dipecat dan kini tiga ketua bahagian pula dihadapkan ke lembaga disiplin
16:58ada yang menjaga mereka juga akan dipecat
17:00jadi konflik dalaman bersatu ini apa impaknya dan bagaimana kita perlu melihatnya bergerak ke hadapan
17:04bukan sahaja daripada segi bersatu tetapi kepada impaknya kepada keutuhan pembangkang secara keseluruhannya
17:11saya mahu sambung perbincangan dengan doktor Muhammad Taufik Yaakob
17:13dengan analisis politik Universiti Melayar
17:15doktor sebelum berehat tadi doktor mengatakan bahawa konflik dalaman ini
17:18Tan Sri Muhyiddin juga selaku presiden
17:21mungkin perlu memberi laluan kepada yang lain dan parti lain untuk menerajui Perikatan Nasional
17:26dan juga pembangkang untuk menyediakan mereka untuk pilihan rakyat umum yang seterusnya
17:30dan kita bincang mengenai bagaimana PAS baru-baru ini dalam muktamar sebelum ini juga
17:35semakin lantang dan terbuka mengatakan mereka terbuka mereka mahu
17:38malah untuk menerajui bersatu mereka ada jentera mereka ada sokongan dan sebagainya
17:43jentera mereka juga malah digunakan oleh bersatu sebelum ini
17:45satu parti yang lebih baru dan mungkin lebih kecil
17:48tetapi doktor sudah tentu persepsinya di peringkat kebangsaan
17:51kita cakap tentang persepsi kebangsaan sekarang
17:53kerana kita bercakap tentang pilihan raya umum
17:55PRN Sabah kita akan bincang setelah lagi
17:57PRU yang akan datang
17:59PRU-16
17:59persepsinya
18:01adil atau tidak adil
18:02mungkin dia stereotip
18:04jika PAS menerajui pembangkang dan mereka menjadi wajah pembangkang
18:07mereka mungkin lebih sukar untuk memperlihatkan wajah yang lebih moderate
18:12kepada semua pengundi bukan saja pengundi di negeri-negeri kuat
18:15kubu kuat mereka tapi pengundi juga urban di lembah kelang
18:18pengundi bukan Islam bukan Melayu dan sebagainya
18:21adakah itu antara penghalang utama
18:23yang membuatkan atau membolehkan Tan Sri Mewiden step down
18:27dan memberikan mental itu kepada PAS
18:30Ya sebab itu
18:32masalah dalaman bersatu ini perlu diselesaikan dengan kadar segera
18:36meskipun ada pandangan bahawa
18:39tidak masalah kepada PAS untuk mengemudi Perikatan Nasional
18:43tetapi image ataupun pandangan bahawa
18:46ada jalur keras yang mungkin akan
18:50mengurangkan sokongan dan pengaruh kepada Perikatan Nasional
18:53jika PAS itu menerajui Perikatan Nasional
18:56maka kita kena lihat juga
18:59ada beberapa pemimpin dalam PAS itu sendiri
19:02yang tidaklah dilihat sebagai jalur keras
19:05misalnya Dr. Ahmad Samsuri
19:08dan beberapa pemimpin lain yang berada dalam lingkungan beliau itu
19:12seolah-olah pemimpin yang moderate
19:15dan mampu untuk menonjurkan satu image yang agak lembut
19:19bagaimana untuk berhadapan dengan PRU 16 yang akan datang
19:22dan siri-siri PRU negeri yang akan dihadapi oleh Perikatan Nasional
19:27dan semua parti politik di negara ini
19:29namun pada waktu yang sama
19:31masih lagi ada masa kepada parti-parti politik khususnya
19:35pembangkang untuk
19:36membincangkan tentang siapa yang layak untuk mengemudi Perikatan Nasional
19:41bagi memastikan bahawa
19:43tidak timbul ataupun tercetus
19:45satu keadaan di mana
19:48pengundi mereka sebelum ini
19:49ataupun penyokong yang memilih Perikatan Nasional
19:54atas kapasiti jalur yang lebih lembut
19:57moderate itu agak terus memberi sokongan kepada gabungan berkenaan
20:01ini perlu dibincangkan dengan lebih serius
20:04melibatkan kepimpinan Perikatan Nasional
20:06ataupun ada sesuatu kok lain daripada luar lingkungan parti
20:10yang mereka boleh angkat untuk mengemudi Perikatan Nasional
20:14kerana kita sendiri lihat keadaan ini agak berat kepada kedua-dua parti
20:20iaitu PAS dan Bersatu untuk menerima
20:22pemimpin satu sama lain bagi mengundi Perikatan Nasional
20:26kerana kedua-duanya itu mereka ada ego politik masing-masing
20:29dan kalau mahu kita semula pemimpin yang lama
20:33misalnya Tuan Dr. Mahathir untuk mengundi Perikatan Nasional
20:36namun sejauh manakah Tuan Dr. Mahathir mampu untuk
20:39menyatukan parti-parti yang ada di negara kita
20:42khususnya pembangkang ataupun Tuan Dr. Mahathir mampu lagi
20:46mencurahkan tenaga kepada politik negara dan dalam konteks
20:50politik sebelum ini pun beliau tewas di langkawi hingga hilang
20:54deposit jadi ini membuka ruang kepada perbincangan
20:58parti-parti politik pembangkang ataupun pandangan bahawa
21:02politik angkat pemimpin ataupun mereka individu yang ada
21:06kredibiliti yang berkaliber untuk mengundi Perikatan Nasional
21:10tanpa dilihat sebagai pahalan sokongan daripada sama ada
21:14pengundi kekal ataupun penyokong yang memilih mereka untuk
21:19mengundi Lampai Ayu 15 yang lalu ataupun pengundi baru yang
21:22ingin mengundi gabungan ini dalam Pian Raya Umum yang akan
21:26datang. Ini persoalan yang cukup sukar lagi untuk ditentukan
21:30tetapi saya pasti bahawa satu langkah drastik perlu lakukan
21:34sama ada mengelesaikan masalah dalaman bersatu itu sendiri
21:38dengan kadar segera ataupun mengambil pemimpin moderat daripada
21:42PAS untuk mengundi PN ataupun yang ketiga ambil orang baru
21:46daripada lingkungan luar PN itu sendiri bagi memastikan bahawa
21:50momentum mereka itu khususnya yang mereka gelarkan gelombang
21:54hijau tidak terbantu akibat daripada perbalahan yang
21:57berpuncul daripada kegagalan pemimpin-pemimpin serta
22:01Presiden Bersatu mengelesaikan masalah dalaman parti.
22:04Doktor kita sudah kehabisan masa tapi saya nak selirkan
22:06satu lagi soalan dan ini bukan berkenaan dengan
22:08Muhyiddin, Patan Sri Muhyiddin dan juga Bersatu tetapi
22:12berita KJ akan kembali kepada UMNO jadi dengan dengan
22:16singkatnya kalau boleh kesan impak KJ masuk semula ke UMNO
22:21dan bahagian keduanya adalah bagaimana jika beliau kembali
22:24ke UMNO merasionalisasikan masuk semula parti yang
22:28Presidennya masih lagi seorang individu yang beliau sangat
22:31kuat kritik selama ini sebagai DNEA 47 dan sebagainya.
22:36Ya inilah kebijakan yang boleh kita ambil contoh ditunjukkan
22:41oleh Datuk Syed Ahmad Zahid Hamidi dalam ketika Bersatu
22:45ataupun parti-parti politik lawannya itu berada dalam krisis
22:48beliau berusaha untuk menyatukan dan mempukukuhkan UMNO dan
22:53terbaru kita dekat KJ semula berhasrat untuk masuk ke dalam UMNO
22:57maka kita lihat persenjataan politik yang disediakan oleh UMNO ini
23:01cukup siap sedia untuk berhadapan dengan PIU 16 yang akan datang dan
23:05pemimpin perlu ada jiwa yang besar dan terbuka untuk menerima
23:09tentang sejarah politik yang telah berlalu maka saya lihat ini
23:13satu perkara yang baik kepada UMNO. Jangan kita nafikan KJ ada
23:17pengaruhnya Datuk Syed Ahmad Zahid Hamidi ada kekuatannya dan
23:20parti politik hari ini dia memerlukan kuasa untuk terus kekal
23:24survive dalam politik. Kalau tidak kita lihat itulah apa yang
23:27berlaku kepada pembangkang dan Bersatu meroyang tentang kuasa dan
23:31tidak mampu untuk menyerang lawan tetapi menyerang satu sama lain
23:35dalam politik masing-masing. Maka inilah kelicikan kebijaksanaan dan
23:39bagi saya saya beri kreditlah terhadap UMNO yang berjaya menggunakan
23:43ruang dan peluang untuk mempukukuh dan menguatkan semula UMNO
23:48ketika musuhnya itu berada dalam keadaan yang tidak sempurna.
23:52Doktor terima kasih Doktor Muhammad Taufik Yaakob
23:54Pekandasis Politik Universiti Melayu. Sudah tentu kami di Astro Awani
23:57akan terus membawakan kepada anda semua berita ini sepanjang minggu
24:00hadapan di saluran 501 di semua platform media sosial dan digital
24:03kami dan terus setia bersama Astro Awani. Saluran berita yang paling
24:07dipercayai di Malaysia. Itu saja untuk kali ini fokus minggu depan.
24:10Terima kasih kerana menonton. Kita jumpa lagi.
24:13Terima kasih kerana menonton.
Comments