00:00Kementerian Pendidikan Tinggi KPT memaklumkan pemberian kemudahan sesi pengajaran dan pembelajaran PDP secara dalam talian atau fizikal kepada semua institusi pendidikan tinggi awam dan swasta di sekitar Lembah Kelang sepanjang sidang Kemunca ASEAN ke-47.
00:17Menerusi kenyataan pada selasa, KPT meminta pihak institusi pendidikan tinggi terlibat khususnya di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya untuk membuat semakan lokasi, masa serta tarikh laluan yang ditutup dari 26 hingga 28 Oktober ini.
00:36Menurut KPT, langkah itu bagi menentukan keperluan PDP secara dalam talian untuk memastikan warga IPT tidak terkesan dengan penutupan jalan berkenaan.
00:45KPT turut menasihati pelajar serta warga IPT yang terkesan untuk berhubung dengan IPT masing-masing bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.
00:55Bersempena dengan sidang Kemunca ASEAN ke-47 yang dijadualkan berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober ini,
01:016 leburaya dan 25 jalan utama di sekitar Lembah Kelang akan dilencongkan secara berperingkat.
01:07Laluan berkenaan termasuk Leburaya Utara Selatan Hubungan Tengah Elite, Leburaya Baru Lembah Kelang NKVE,
01:13Leburaya Gatri, Leburaya Utara Selatan, Leburaya Max dan Leburaya KL Seremban.
01:19Jalan lain terlibat ialah Leburaya KLIA, lingkaran Putrajaya dan beberapa jalan utama di pusat bandar termasuk Jalan Istana,
01:26Jalan Damansara, Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang, Jalan Parlimen dan Jalan Kucing.
01:34Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang berkaitan akan berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober ini merupakan kemuncak kepada kepengurusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025 yang membawa tema keterangkuman dan kemampanan.
01:49Terima kasih kerana menonton!
Comments