Industri getah di Sarawak kini memasuki era baharu apabila kaedah menoreh secara moden menggunakan teknik punching diperkenalkan, sekaligus mampu menghidupkan semula kebun getah lama yang terbiar di negeri itu.
00:00Industri getah di Sarawak kini memasuki era baru apabila kaedah menoreh secara modern menggunakan teknik punching diperkenalkan sekaligus mampu menghidupkan semula kebun getah lama yang terbiar di negeri itu.
00:15Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utam berkata, kaedah berkenaan bukan sahaja membolehkan penorehan dilakukan walaupun ketika hujan malah meningkatkan hasil pengeluaran dua kali seminggu berbanding kaedah tradisional.
00:33Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utam
01:03dalam kita menoreh getah.
01:05Ujar beliau antara kebimbangan utama dalam industri itu ketika ini ialah minat pekebun getah yang semakin beralih kepada tanaman lain seperti kelapa sawit.
01:14Pendekatan baru ini bukan sahaja dapat menghidupkan semula kawasan tanaman getah sedia ada, malah menjamin pulangan setimpal kepada pekebun kecil luar bandar yang selama ini bergantung kepada hasil tradisional.
01:25Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan projek transformasi industri getah Sarawak, pengukuhan projek getah komuniti Nanga, Sekuau, Selangau, Sibu pada selasa.
01:37Menurut beliau, kerajaan Sarawak menubuhkan lembaga industri getah Sarawak bagi memperkasa semula sektor itu agar menjadi sumber pendapatan mapan kepada penduduk luar bandar termasuk golongan B40.
Be the first to comment