Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal bertahan di atas paras RM4,400 setan sehingga hujung tahun ini, berikutan ketidaktentuan bekalan minyak makan global menjelang tahun 2026.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Harga minyak sawit mentah MSM dijangka kekal bertahan di atas paras RM4,400 setan sehingga hujung tahun ini berikutan ketidaktentuan bekalan minyak makan global menjelang tahun 2026.
00:15Majlis Minyak Sawit Malaysia MPOC dalam laporan terbaharunya berkata, pasaran minyak sayuran dijangka kekal kukuh disokong oleh faktor asas yang positif dalam pasaran minyak sawit dan minyak kacang soya.
00:30Antara faktor utama yang menyokong harga ialah spekulasi mengenai pelaksanaan mandat biodiesel B50 di Indonesia yang bakal menjadi pemangkin utama permintaan minyak sawit global.
00:43Program B50 dijangka memerlukan sekitar 17 juta tan minyak sawit untuk campuran biodiesel peningkatan kira-kira 3 juta tan berbanding mandat B40 semasa.
00:54Pada masa sama, bekalan minyak kacang soya global dijangka turut menyusut ketara terutama dari Amerika Syarikat dan Brazil.
01:02Keadaan semakin rumit dengan perkembangan di Argentina apabila pengecualian cukai ekspor sementara pada akhir September mendorong jualan kacang soya besar-besaran ke China.
01:13Menariknya, minyak sawit kini kembali mencatat premium harga berbanding minyak soya selepas beberapa bulan mencatat diskaun.
01:21Pada pertengahan Oktober, minyak sawit didagangkan $42 lebih tinggi di Eropah dan $26 lebih tinggi di India.
01:28Sementara itu di Malaysia, ekspor minyak sawit meningkat 7.7% bulan ke bulan kepada $1.42 juta tan pada September di pacu permintaan kukuh dari India.
01:41Namun, stok simpanan turut naik ke paras tertinggi 22 bulan iaitu $2.36 juta tan berikutan normalisasi penggunaan domestik dan peningkatan import.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended