Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
Projek mega pembinaan kabel dasar laut bagi menyalurkan tenaga boleh diperbaharui dari Sarawak ke Singapura dijangka bermula selewat-lewatnya tahun 2026, dengan kelulusan bersyarat telah diberikan kepada Sembcorp Utilities dan Sarawak Energy Bhd untuk memulakan fasa awal pelaksanaan.
Transcript
00:00Baik niaga Wani Jam ini dimulakan dengan laporan berikut.
00:03Pembinaan kabel kuasa dasar laut untuk menyalurkan tenaga boleh diperbaharui dari Sarawak ke Singapura
00:09dijangka bermula selewat-lewatnya pada tahun 2026.
00:14Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Oping berkata,
00:18Kerajaan Negeri sedang bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Singapura
00:22bagi memulakan projek tersebut selepas isu kekurangan kabel dasar laut global
00:27dijangka selesai hujung tahun ini.
00:30Abang Johari menjelaskan Indonesia turut memberikan maklum balas positif
00:35mengenai projek berkenaan memandangkan laluan pemasangan kabel akan melalui perairannya.
00:42Beliau berkata kesemua pihak telah bersetuju secara prinsip untuk memulakan
00:45pembinaan seawal tahun depan dengan sokongan penuh daripada Kerajaan Malaysia dan Singapura.
00:51Singapura setakat ini telah memberikan kelulusan bersyarat kepada SEMCOP Utilities
00:56yang akan bekerjasama dengan Sarawak Energi Berhad bagi mengimport 1 gigawatt tenaga hijau dari negeri itu.
01:03Kata Abang Johari, satu koridor tenaga rentas sempadan khas sedang dirangka antara Malaysia,
01:09Singapura dan Indonesia untuk membolehkan ekspor elektrik dari Sarawak ke Republik tersebut.
01:14Perbincangan teknikal katanya masih berjalan untuk memutamatkan perincian dan reka bentuk pemasangan kabel.
01:21Buat masa ini tenaga hidro menyumbang lebih 60% daripada kapasiti penjanaan tenaga di Sarawak
01:27termasuk empangan bakun, murum dan batang air manakala empangan balih dengan kapasiti 1,285 megawatt sedang dalam pembinaan.
01:37Abang Johari berkata Sarawak menawarkan pelbagai inisiatif pelaburan bagi menarik pelabur tempatan dan asing
01:44dalam sektor tenaga bersih dan industri lestari.
01:48Katanya tenaga hijau Sarawak memberi kelebihan pasaran atau green premium kepada pelabur
01:53kerana produk yang dihasilkan dengan tenaga rendah karbon lebih mudah diterima di peringkat global.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended