Musim Haji 1447H/2026M akan menyaksikan pelaksanaan syarat kesihatan baharu oleh Kerajaan Arab Saudi, termasuk larangan kepada jemaah yang menghidap penyakit berjangkit atau kronik tidak terkawal.
00:00Musim haji bagi 1447 hijrah, 2026 masih akan menjalani tetapan syarat kesihatan baru oleh kerajaan Arab Saudi.
00:09Jelas riad, tetapan baru ini merupakan satu langkah yang dilihat membawa perubahan besar dalam pengurusan jemaah haji global, khususnya dari aspek kesihatan awam dan pengurusan risiko.
00:19Selain itu, lembaga tabung haji memberitahu bahawa hanya individu yang bebas daripada penyakit berjangkit atau penyakit kronik tidak terkawal serta mampu melaksanakan ibadah secara kendiri layak memohon visa haji.
00:34Kerajaan Arab Saudi turut memkenalkan beberapa ketetapan baru termasuk tiada lagi pusat rawatan akan dibuka di Tanah Suci.
00:42Sebaliknya, jemaah yang jatuh sakit akan dirujuk terus ke hospital tempatan di negara itu.
00:46Di samping itu, bilangan petugas kesihatan juga akan dikurangkan manakala kemudahan safari wukuf bagi pesakit uzo tidak lagi disediakan.
00:55Langkah itu sekaligus menyebabkan pesakit yang dirawat di wad tidak berpeluang melaksanakan wukuf yang juga rukun penting dalam ibadah haji.
01:03Jelas kerajaan Arab Saudi antara penyakit yang secara otomatik tidak layak menunaikan haji termasuk kegagalan buah pinggang kronik, penyakit jantung serius, penyakit paru-paru dan hati kronik
01:14serta masalah neurologi atau mental yang menjejaskan fungsi kognitif termasuk warga emas yang mengalami demensia atau lemah fizikal.
01:22Bagaimanapun, perubahan ini sekaligus menimbulkan kebimbangan dan kekecewaan dalam kalangan mereka yang sudah lama menunggu giliran menunaikan haji tetapi kini terhalang atas faktor kesihatan.
01:33Namun begitu, muzakarah jawatan kuasa fatwa majlis kebangsaan bagi hal awal agama Islam Malaysia memutuskan bahawa pesakit kronik yang tiada harapan sembuh
01:42seperti pesakit buah pinggang menjalani rawatan hemodialisis tidak wajib menunaikan haji.
01:48Sebaliknya, mereka digalakkan melaksanakan badal haji sekiranya berkemampuan dari sudut kewangan.
01:54Untuk rekod kuota jemaah haji Malaysia bagi musim depan dijangka kekal, sebanyak 31,600 orang.
Be the first to comment