00:00Bekas Menteri Niq Nazmi Ni' Ahmad mengkritik Menteri Pendidikan Fadlina Siddiq
00:05kerana didakwa terlalu tergesa-gesa mengumumkan rancangan untuk mempertingkat keselamatan pelajar
00:11susulan beberapa insiden jenayah berprofil tinggi di sekolah.
00:15Semalam Fadlina memaklumkan bahawa kementeriannya akan segera melaksanakan pembaharuan dalam 5 bidang utama
00:21termasuk pelindungan kanak-kanak dan kesihatan mental berikutan kejadian jenayah membabitkan pelajar sekolah.
00:28Dalam satu hantaran di Facebook, Niq Nazmi yang juga bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestari Alam berkata
00:34pendekatan 5 perkara itu hanya menangani gejala, bukan pucah sebenar kepada insiden berkenaan.
00:41Beliau menambah bahawa masalah utama bukan sekadar kekurangan dasar atau perkeliling
00:46tetapi budaya dan sistem yang gagal menyokong guru serta pelajar.
00:51Niq Nazmi turut berkata amaran terbaru oleh Ketua Pengarah Pendidikan Azam Ahmad
00:55agar sekolah tidak menutup kes buli dan salah laku seksual
00:59menunjukkan bahawa sistem pendidikan gagal menyediakan ruang selamat
01:03untuk komuniti sekolah bersuara tanpa rasa takut.
01:07Beliau berkata Fadlina perlu mendengar suara di peringkat akar umbi
01:11dan memahami realiti yang dihadapi oleh guru.
01:13Kami menegaskan bahawa menteri itu sepatutnya membela mereka yang berusaha
01:18memperkukuh keselamatan pelajar bukannya melemahkan usaha tersebut
01:22demi kepentingan politik.
Comments