Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Pengarah Bersekutu dan Penganalisis Kedaulatan Fitch Ratings Kathleen Chen berkata belanjawan terkini mengukuhkan lagi komitmen terhadap konsolidasi fiskal secara berperingkat, dengan sasaran defisit sebanyak 3.5 peratus daripada KDNK pada 2026, iaitu lebih rendah daripada unjuran terdahulu agensi berkenaan iaitu 3.6 peratus.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jangkaan terhadap teran penyusutan hutang kerajaan secara menyeluruh dan keluaran dalam negara kasar KDNK yang menghampiri para semidea negara yang mempunyai penarafan kredit setaraf berpotensi meningkatkan penarafan berdaulat Malaysia pada triple B+.
00:16Menurut Fitch Rating, selain itu strategi penyatuan fiskal yang teguh serta prospek pertumbuhan ekonomi yang lebih baik turut mengukuhkan lagi jangkaan ini.
00:24Dalam nota penyelidikannya, Fitch berkata hutang kerajaan semakin berkurangan secara berangsur-angsur tetapi masih melepasi paras median bagi negara berdaulat kategori triple B yang diberi penarafan oleh Fitch iaitu sebanyak 58% pada 2025.
00:41Pengarah Beskutu dan Pekanalisis Kedaulatan Fitch Ratings, Kathleen Chang berkata, belanjawan terkini mengukuhkan lagi komitmen terhadap konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan sasaran defisit sebanyak 3.5% daripada KDNK pada 2026 iaitu lebih rendah daripada unjuran terdahulu agensi berkenaan iaitu 3.6%.
01:03Jelasnya belanjawan berkenaan mengulangi sasaran jangka sederhana untuk mengurangkan defisit kepada 3% daripada KDNK walaupun tiada tempoh masa khusus dinyatakan.
01:13Malah dalam kerangka fiskal jangka sederhana, kerajaan menjangka purata defisit sebanyak 3.2% daripada KDNK bagi 2026 hingga 2028.
01:23Malah dalam kerangka fiskal jangka sederhana, kerajaan menjangka purata defisit sebanyak 3.2% daripada KDNK bagi 2026 hingga 2028 yang memberi gabaran defisit kira-kira 3% menjelang 2028 sekiranya langkah konsolidasi diteruskan pada kadar semasa.
01:42Menurut Chen, kerajaan terus melaksanakan rasionalisasi subsidi dengan anggaran penjimatan tahunan sebanyak 15.5 bilion ringgit iaitu kira-kira kosong perpuluhan 8% daripada KDNK 2025.
01:55Menurutnya, sebahagian besar daripada penjimatan ini akan disalurkan kepada kebajikan masyarakat dengan jumlah perbelanjaan diunjurkan meningkat sebanyak 1.7%.
02:05Pada masa sama, sasaran subsidi petrol RAN95 yang diumumkan baru-baru ini dijangka menghasilkan penjimatan yang lebih kecil daripada subsidi diesel yang disasarkan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended