00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera.
00:02Sumut Fratila, satu misi kapal kemanusiaan yang menghantar bantuan ke Gaza, Palestine.
00:09Perkataan sumut itu berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud keteguhan hati dan semangat yang tidak pernah putus asa.
00:19Sumut Fratila membawa misis ketabahan rakyat Palestine sambil membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan keperluan harian mereka.
00:28Kalau adik-adik nak tahu, rakyat Gaza sudah lama hidup dalam keadaannya sangat sukar.
00:34Banyak sekatan yang dilakukan hingga bantuan sukar nak masuk ke dalam kawasan mereka.
00:41Sumut Fratila inilah umpama jalan harapan untuk menghantar bantuan terus ke rakyat Gaza.
00:48Ia juga simbol solidariti seluruh dunia termasuk Malaysia yang menyokong rakyat Palestine.
00:54Misi global Sumut Fratila ini mula berlayar pada Ogos dan September 2025.
01:01Konvoi-konvoi berlepas dari pelabuhan seperti Geona pada 30 Ogos, Barcelona pada 31 Ogos dan Tunis pada 7 September 2025.
01:13Misi ini bertujuan untuk memecahkan kepungan Israel ke atas Gaza dengan membawa bekalan makanan, bantuan kemanusiaan dan aktivis antarabangsa.
01:24Menariknya, Malaysia turut serta dalam misi ini.
01:27Mereka juga naik ke kapal bersama aktivis antarabangsa yang lain demi memastikan bantuan terus sampai kepada mereka yang memerlukan.
01:35Jumlah peserta dari Malaysia dilaporkan seramai 34 orang dalam misi ini semasa berada di kawasan perairan antarabangsa berhampiran Greece.
01:45Walaupun mereka akan berdepan risiko yang besar di lautan, namun semangat mereka tetap kental.
01:54Inilah contoh keberanian yang kita mahu jadikan sebagai kiladaan.
01:59Untuk maklumat semua, misi bantuan ke negara berdarah ini telah dilakukan sejak 2008 hinggalah kini.
02:07Malangnya, pada tahun 2008 dan 2009 sahaja yang berjaya ke negara bergolak itu bagi menyampaikan bantuan ubat-ubatan.
02:16Jadi adik-adik, daripada misi bantuan inilah kita belajar.
02:19Walau sekecil apapun usaha kita, tetapi ia memberi satu makna yang sangat besar kepada orang lain.
02:26Semoga video ini memberi kefahaman kepada adik-adik semua.
Comments