Keupayaan kerajaan untuk mengekalkan pertumbuhan antara 4.0 hingga 4.5 peratus di samping mengurangkan defisit fiskal kepada 3.5 peratus menunjukkan daya tahan fiskal yang diyakini dalam persekitaran global yang tidak menentu.
00:00yang mengaparkan peralihan penting dalam hala tujuh ekonomi Malaysia daripada penggunaan berteraskan subsidi kepada transformasi berteraskan pelaburan.
00:09Ia berikutan kerajaan meneruskan usaha konsolidasi fiskal disamping mengekalkan momentum pertumbuhan.
00:15Bagaimanapun pelaksanaan kekal sebagai cabaran utama terhadap kredibiliti langkah pengurusan kewangan yang digariskan dalam belanjawan berkenaan.
00:22Berdasarkan ekonomi kanan Institut Strategi KSI bagi Asia Pasifik yang juga ahli Majlis Kebangsaan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana PKS,
00:33Anthony Das berkata, keupayaan kerajaan untuk mengekalkan pertumbuhan antara 4.0% hingga 4.5% disamping mengurangkan defisit fiskal kepada 3.5%
00:47menunjukkan daya tahan fiskal yang diakini dalam persekitaran global yang tidak menentu.
00:53Tegasnya belanjawan 2026 bukan belanjawan jimat cermat sebaliknya merupakan belanjawan berdisiplin bagi pertumbuhan.
01:00Kawalan ketirisan, rasionalisasi subsidi dan kutipan semula melalui penguatkuasaan sebanyak RM15.5 bilion telah mewujudkan ruang fiskal kepada pelaburan dalam sektor penting
01:12seperti produktiviti, pendidikan, penjagaan kesihatan dan peralihan tenaga.
01:17Das berkata, perbelanjaan awam kerajaan berjumlah RM470 bilion mencerminkan pendekatan berdisiplin namun pragmatik
01:26yang membolehkan Malaysia mengibangi realisme fiskal dengan aspirasi pembangunan.
01:32Jelasnya Malaysia sedang beralih daripada kebergantungan terhadap subsidi jangka pendek kepada pelaburan jangka panjang dalam keupayaan dan daya saing.
01:41Langkah itu katanya merupakan transformasi sebenar yang sedang berlaku melalui belanjawan 2026.
01:48Menurutnya belanjawan ini memberi isyarat jelas bahawa Malaysia terbuka kepada perniagaan namun berteraskan nilai yang lebih tinggi melalui langkah yang menggalakkan syarikat untuk berkembang,
01:59mendigitalkan operasi dan menyahkabankan.
02:01Antara inisiatif itu adalah pembiayaan dan jaminan kepada PKS berjumlah RM10 bilion,
02:07insentif cukai selama 10 tahun bagi modal teroka dan dana pelaburan hijau sebanyak RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad BPMB.
02:17Beliau turut menyambut baik penekanan kerajaan terhadap aspek keterangkuman melalui peruntukan terbesar terhadap Sabah dan Sarawak,
02:24merangkumi jalan raya, utiliti dan infrastruktur digital dan menyifatkannya sebagai langkah menjadikan penyertaan wilayah sebagai strategi ekonomi bukan sekadar agenda keadilan sosial.
Be the first to comment