00:00Timbalan Setiausaha Agong Gabungan Rakyat Sabah, Armizan Ali memberi amaran kepada parti lawan ketika Sabah menanti tirai PRN17 dibuka
00:09bahawa sudah tiba masanya mereka menjawab isu-isu ketika memegang jawatan.
00:15Amaran ini menyusuli pembubaran Don Sabah semalam yang menyaksikan GRS beralih kepada mod pilihan raya.
00:22Semalam Armizan mengingatkan bahawa dalam kalangan parti lawan ada yang pernah atau masih memegang jawatan dalam kerajaan.
00:31Katanya GRS serahkan kepada rakyat untuk menilai kerana yakin rakyat amat bijak menimbang mana jawapan bersandar fakta dan mana lantunan retorik berapi.
00:41Mengenai GRS pula, Armizan berkata masih banyak yang perlu ditambah baik dan terdapat isu yang tidak boleh selesai serta-merta selain mewarisi banyak isu dan permasalahan.
00:54Bagaimanapun katanya GRS sedia menjawab kepada rakyat tentang usaha mereka ketika mentakbir Sabah.
Be the first to comment