Jenazah murid Tahun Empat yang dilaporkan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di tandas sebuah sekolah di Senawang, selesai menjalani bedah siasat selepas tiga jam, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Jasad mangsa dibawa keluar dari Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau sekitar jam 6.30 petang, Khamis.
00:00Jenazah murid tahun 4 yang dilaporkan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di tandas sebuah sekolah di Senawang selesai menjalani bedah siasat selepas 3 jam.
00:11Jasad mangsa dibawa keluar dari unit perubatan Forensik Hospital Rembau sekitar jam 6.30 petang Khamis.
00:19Terdahulu, proses bedah siasat ke atas murid lelaki berusia 10 tahun itu bermula jam 2 petang dan selesai kira-kira jam 5.30 petang.
00:28Difahamkan, ibu bapa mangsa masih belum bersedia untuk ditemu bual pihak media kerana masih terkejut dan bersedih atas kehilangan anak tersayang.
00:39Seorang ahli keluarga yang turut berada di perkarangan unit perubatan Forensik memaklumkan bahawa mereka menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan.
Be the first to comment