E9X Bimmers Malaysia Mega Gathering 2.0 telah berlangsung di Presint 4, Putrajaya pada 27 September 2025.
Himpunan ini menyaksikan ratusan peminat siri BMW E90 berhimpun dengan pelbagai jentera daripada unit stok asal sehinggalah ke model yang menerima sentuhan ubah suai.
Acara ini juga turut menganjurkan 19 kategori pertandingan yang menjadi pentas buat pemilik menampilkan hasil kreativiti jentera masing-masing. Namun, matlamat utama tetap jelas, iaitu mengukuhkan ukhwah dalam kalangan komuniti BMW tempatan.
Secara keseluruhan, sebanyak 220 kereta berdaftar serta 50 lagi tidak berdaftar hadir memeriahkan perkarangan Presint 4, Putrajaya.
Be the first to comment