Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Prime Minister's senior press secretary Tunku Nashrul Abaidah told a media briefing on Tuesday (Sept 30) that turning away US President Donald Trump from the 47th Asean Summit next month would not resolve any issue.

Tunku Nashrul said the Prime Minister's Office took note of all the views expressed by several parties, including local political figures, calling for the invitation to Trump to be withdrawn on the grounds of his stance on the Palestinian issue.

Read more at https://tinyurl.com/27b2jxka

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
Transcript
00:00...Taklimat Jabat Perdana Menteri kali ini akan menyinggung terkait kehadiran Presiden AS di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada bulan Oktober ini.
00:12Dan sudah pastinya Sidang Kemuncak ini amat bersejarah kerana Malaysia sebagai pengurusi ASEAN memikul amanah besar untuk memastikan semua rakan dialog hadir ke meja rundingan.
00:24Perlu diingat, kepengurusian ASEAN datang hanya sekali setiap dekad dan inilah kali terakhir Malaysia mengetuainya sebelum menyerahkan kepada Filipina.
00:35Justru kita wajib menggunakan kesempatan ini untuk memimpin dengan sebaik mungkin membawa suara ASEAN ke peringkat global.
00:44ASEAN bukan sekadar satu perkumpulan serantau namun ia satu komuniti strategik yang berhubung rapat dengan kuasa besar melalui platform tetap seperti Sidang Kemuncak ASEAN Amerika Syarikat, Sidang Kemuncak ASEAN China, ASEAN Jepun, ASEAN Australia dan juga Sidang Kemuncak Asia Timur dan banyak lagi.
01:07Kehadiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump serta pimpinan dunia lain ke Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada mandat diplomasi yang diamanahkan kepada Malaysia.
01:19Ia bukan soal pengiktirafan terhadap dasar peribadi mana-mana pemimpin tetapi suatu pengiktirafan kepada ASEAN dan kepimpinan Malaysia sebagai pengurusi.
01:31Pejabat Perdana Menteri mengambil maklum wujud pandangan daripada beberapa pihak yang menuntut jemputan kepada Trump ditarik balik atas dasar pandangan beliau terhadap isu Palestine.
01:44Pendirian Malaysia mengenai Palestine tidak pernah berganjak. Ia jelas, tegas dan konsisten sejak dahulu.
01:52Yang amat berhormat Perdana Menteri sendiri adalah antara suara paling lantang di dunia dalam membela Gaza, mengecam kekejaman Israel dan mengetuai suara moral umat Islam di pentas antarabangsa.
02:07Bahkan pandangan tegas ini telah disuarakan sendiri oleh beliau di hadapan bekas Presiden Amerika Syarikat sebelum ini.
02:14Namun, menolak kedatangan Trump ke ASEAN bukanlah jalan penyelesaian.
02:19Prinsip diplomasi menuntut kita menyuarakan kebenaran secara berdepan, bukan mengelak.
02:26Dengan cara ini, Malaysia bukan sahaja menzahirkan solidariti kepada Gaza, tetapi juga menunjukkan kebijaksanaan sebagai tuan rumah yang berani, tegas dalam prinsip dan matang dalam diplomasi.
02:49Terima kasih.
Comments

Recommended