Skip to playerSkip to main content
Terapi Laman Inspirasi ‘Contemporary Courtyard’, ‘Morning Energy’ Buat Pemilik!

Kali pertama IMPIANA datang ke rumah Puan Siti Nordiana Sansan (Kak Di) yang terletak di Semenyih hanyalah untuk ‘house tour’ interior rumah miliknya. Namun siapa sangka, kami ‘jatuh cinta’ pandang pertama dengan landskap laman rumah pemilik kediaman yang cantik dan subur menghijau, sekaligus boleh dijadikan inspirasi buat pencinta LAMAN yang lain.

Kak Di sangat meminati kehijauan pokok-pokok dan tanaman. Tak hairanlah pelbagai jenis tanaman dan pokok-pokok banyak yang ditanam sendiri dan dijadikan hiasan landskap dalam menyerikan laman rumah. Deruan air di kolam ikan sebagai ‘water feature’ dan hayunan buaian gantung kayu pula dapat memberi ketenangan diri dan terapi jiwa sewaktu berada di laman ini, baik ketika awal pagi mahupun sejurus pulang dari kerja.

Bukan itu sahaja, ‘kecintaan’ Kak Di pada tanaman dan pokok-pokok ini juga sepenuh hati. Malah turut mempunyai pembantu rumah khas yang bertanggungjawab hanya menjaga bahagian landskap laman rumahnya sahaja supaya kekal terjaga rapi, subur, sihat dan menghijau.

Nantikan video penuh LAMAN ini nanti.

INFO LAMAN:
Nama Pemilik: Siti Nordiana Samsam
Pereka Landskap : ADS Interior Design
Konsep Landskap:Contemporary Courtyard
Jenis Kediaman: Teres (End Lot)
Usia Landskap: Mac 2024
Keluasan Taman Landskap: 143 Kps
Spesifikasi Ruang Landskap: Kolam Ikan, meja taman, edible garden, buaian gantung

#LAMANIMPIANA
#contemporarycourtyard
#inspirasilaman
#lamanrumah
#landskaprumah
Be the first to comment
Add your comment

Recommended